Seo Services

Variasi dialek melayu Sarawak


Melayu Sarawak merupakan salah satu kaum yang ada di Sarawak Bumi Kenyalang. Jika disebut tentang Dialek Melayu Sarawak, pasti ada yang terbayang perkataan-perkataan seperti kamek, kitak, sik dan sebagainya, terutamanya bagi yang berasal dari luar Sarawak. Namun tahukah anda dialek Melayu Sarawak secara amnya terbahagi kepada 4 variasi:

1. DIALEK UTAMA

Dialek ini paling biasa kita dengar kalau berada di kawasan bandar-bandar dan digunakan secara meluas untuk berkomunikasi antara kaum berlainan etnik. Biasa digunakan di dalam laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya, malah juga digunakan dalam Blog dan tak lupa juga program Radio atau drama dalam TV. Dialek ini digunakan secara meluas dari Bahagian Kuching, Bau, Sematan, Sibu, Bintulu sehingga ke Miri.


2. DIALEK SARAWAK BAHAGIAN UTARA

Bunyinya kedengaran agak pekat. Lebih kurang seperti campuran bahasa Brunei dan Sabah. Dialek ini diguna secara meluas sekitar Lawas dan Limbang.


3. DIALEK SARAWAK DIAKHIRI HURUF "E"

Dialek ini agar sukar untuk terangkan kerana ia digunakan di lokasi antara kawasan dialek Sarawak Utara dan Dialek Utama. Di Kuching dialek ini biasa digunakan oleh penduduk sekitar Kampung Tabuan manakala di Samarahan penggunaannya adalah di sekitar kampung Tambirat, Sebangan dan digunakan secara meluas di Simunjan.
Perkataan yang diakhiri huruf "A" akan ditukar ke "E"
Contohnya :
a. Apa akan disebut "Ape".
b. Nama akan disebut "Name"
Tapi perlu diingatkan, bukan semua perkataan yang diakhiri huruf "A" akan digantikan dengan sebutan "E", contohnya:
1. Dua, dalam dialek Sarawak ia disebut "Duak" dan tetap akan disebut "duak" bukannya "Due".
2. Ular, dalam dialek Sarawak ia disebut "Ula" dan tetap akan disebut "Ula" bukan disebut "Ule".


4. DIALEK RANTAU PESISIR

Dialek ini lebih dikenali sebagai dialek "Ranto Laut". Dimana huruf 'A' digantikan dengan sebutan 'O'. Dialek ini digunakan secara meluas meliputi Bahagian Samarahan, Sebuyau, Spaoh, Pusa, Debak, Saratok, Roban dan Kabong.Sebagai contoh:
a. Apa akan disebut "Apo".
b. Nama akan disebut "Namo"
Untuk bahasa Ranto Laut, perlu diingatkan bukan semua perkataan yang diakhiri dengan huruf A boleh ditukar dengan huruf O. Contohnya:
a. Nangga (dalam BM bermaksud lihat), ia tetap disebut "Nangga", bukan disebut"Nanggo".
b. Besar disebut besar, bukan beso.
c. Selepa (Selipar), ia masih disebut Selepa bukan disebut Selepo.
Manakala untuk perkataan hujungnya diakhir ‘L’ seperti :
a. Mahal disebut "Mahai"
b. Bola, bahasa utama Sarawak disebut sebagai Bol, dalam dialek Ranto Laut disebut "Boi" bukannya disebut "Bolo".
Satu perkara lagi, jika hujung huruf nama anda diakhiri dengan huruf "L", jangan terkejut jika nama anda turut akan berubah. Ini kerana pelat lidah masyarakat tempatan menjadikannya begitu. Contohnya:
a. Saiful, nama kampung Sepul. nama ini akan bertukar menjadi "Sepui"
b.Tajol, nama ini akan bertukar menjadi "Tajoi"
Begitulah serba sedikit info mengenai variasi dialek Melayu Sarawak. Walaupun ia dalam satu bahasa, namun sebutannya ada sedikit berbeza-beza mengikut lokasi. Dan ini menjadikan Dialek Melayu Sarawak itu unik dalam kelasnya yang tersendiri.


-Planet Sarawak
Variasi dialek melayu Sarawak Variasi dialek melayu Sarawak Reviewed by Unknown on June 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.