Seo Services

MotoGP Tiba Di Litar Bersejarah Assen Minggu Ini


Minggu ini, litar GP Assen yang merupakan litar tertua dalam kalendar Kejohanan Dunia MotoGP akan menjadi tuan rumah pusingan ke lapan 2016.

Litar Assen merupakan satu-satunya litar yang menjadi tuan rumah kepada acara Grand Prix pada setiap tahun sejak siri Kejohanan Dunia Grand Prix yang bermula kembali pada tahun 1949. Di bawah adalah beberapa fakta dan angka dari peristiwa-peristiwa berkaitan dengan litar yang terkenal ini:

- Grand Prix Assen, Belanda merupakan salah satu daripada pusingan dari siri Kejohanan GP Dunia sejak ia diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1949 dan litar Assen adalah satu-satunya litar yang telah menjadi sebahagian daripada pusingan daripada siri kejohanan ini setiap tahun. Ini menjadikannya GP Assen yang bakal berlangsung hujung minggu ini penganjuran kali yang ke-68.

- Pada tahun-tahun sebelum ini, setiap perlumbaan di GP Assen, perlumbaan berlangsung pada hari Sabtu namun pada tahun 2016, perlumbaan akan diadakan pada hari Ahad buat julung kali. 

- Litar asal Assen, yang telah digunakan hingga tahun 1954 adalah sepanjang 16.54km. Ia dikurangkan kepada 7.7km pada tahun 1955 dan kemudian pada tahun 1984 pengubahsuaian lanjut ke atas litar menjadikan panjangnya dikurangkan kepada 6.1km. Susun atur semasa telah digunakan sejak tahun 2006 dengan beberapa penyesuaian kecil.

- Perlumbaan GP Assen, 500cc pada tahun 1975 adalah satu-satunya kelas perdana perlumbaan GP dimana kedua-dua pelumba pertama merentasi garisan penamat dengan masa yang sama. Barry Sheene dan Giaomo Agostini melintasi garisan penamat dengan kedudukan yang begitu rapat hingga penjaga masa yang menggunakan masa manual (tepat kepada 0.1 saat) tidak dapat membezakan jarak mereka.

- Yamaha adalah pengeluar paling yang berjaya di GP Assen sejak permulaan era Empat Lejang MotoGP dengan lapan kemenangan. Honda pula berjaya merangkul lima kemenangan manakala Ducati merekodkan kemenangan tunggalnya pada tahun 2008.

- Kemenangan terakhir dari Suzuki di GP Belanda adalah dalam perlumbaan 500cc pada tahun 1993 dengan Kevin Schwantz sebagai pelumba. Keputusan terbaik dari pasukan Suzuki dalam era MotoGP di GP Assen adalah tempat ke lima dengan pelumba John Hopkins tahun 2007 dan pelumba Chris Vermulen pada tahun 2009.

- Pelumba terakhir yang memenangi perlumbaan GP Assen dalam dua tahun berturut-turut adalah Valentino Rossi iaitu pada tahun 2004 dan 2005.

- Pelumba yang memenangi perlumbaan GP Assen terbanyak ialah Angel Nieto dengan 15 kemenangan daripada kelas 125cc dan 50cc diikuti oleh Giacomo Agustini yang berjaya merangkul 14 kemenangan dengan menunggang jentera 350cc dan 500cc.

- Antara perlumba semasa, Valentino Rossi merupakan pelumba yang paling berjaya di GP Assen dengan sembilan kemenangan. Tujuh dalam kategori MotoGP dan setiap satu bagi kategori 125cc dan 250cc.

- Tahun lepas, Valentino Rossi telah memenangi GP Assen selepas berjaya melayakkan diri di petak pertama. Ia merupakan kemenangan pertama Valentino Rossi dengan permulaan dari petak pertama sejak dia memenangi GP San Marino pada tahun 2009.

- Tiada pelumba dari pasukan Honda sama ada Dani Pedrosa atau Marc Marquez yang berjaya memulakan perlumbaan dari petak pertama dalam GP Assen - MotoGP.com



MotoGP Tiba Di Litar Bersejarah Assen Minggu Ini MotoGP Tiba Di Litar Bersejarah Assen Minggu Ini Reviewed by Azmin on June 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.