gambar hiasan |
BAU: Seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak(HUS) kerana pendarahan serius di kepala selepas ditembak di Kampung Jugan disini lewat petang semalam.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam lebih kurang 4 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Chin Siew Kiong, 36 berasal dari Serian difahamkan pergi ke kampung berkenaan untuk mengambil lada hitam dengan menaiki sebuah lori bersama rakannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak SAC Dev Kumar ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan hasil siasatan awal mangsa dipercayai terkena tembakan peluru tabur (shotgun).
“Walaubagaimanapun, suspek masih belum dapat dikenalpasti dan kes ini masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.
Sehingga berita ini ditulis keadaan mangsa dikatakan kritikal dan siasatan terperinci masih dijalankan. Berita akan dikemaskini dari masa ke semasa.-Sarawakiana
Lelaki Parah Ditembak Di Bau
Reviewed by Unknown
on
June 22, 2016
Rating:
No comments: