Seo Services
Results for Kolumnis

Kilang pembinaan bata bakal dibina terlalu berdekatan dengan Kampung Goebilt?

March 15, 2019



KES pencemaran sisa bahan kimia yang dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor yang setakat ini telah menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam sepatutnya di ambil iktibar oleh semua pihak, termasuk Kerajaan Sarawak yakni, keselamatan rakyat sepatutnya di beri keutamaan dan tidak boleh dikompromikan.

Terkini, saya difahamkan sebuah kilang pembinaan bata akan didirikan berdekatan dengan Kampung Goebilt, Demak Laut.

Menurut maklumat yang saya perolehi tanah tersebut adalah milik Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan ianya sudah disewa dengan sebuah syarikat pembinaan bata.

Saya difahamkan juga sudah terdapat aktiviti kerja pembinaan bangunan di tanah yang berlokasi hanya beberapa ratus meter rumah penduduk di sana.

Beberapa orang penduduk Kampung Goebilt telah menghubungi saya menyuarakan kebimbangan mereka di atas perkembangan ini.

Kata mereka, bukannya mereka menentang pembangunan namun aspek keselamatan penduduk harus diambilkira oleh kerajaan.

Difahamkan juga mereka sedang berusaha mengumpul tandatangan penduduk membantah pembinaan kilang bata ini untuk diserahkan kepada kerajaan.

Kerajaan Sarawak harus peka dengan perkembangan ini dan menghentikan kerja-kerja pembinaan kilang ini sehingga satu penyelesaian dicapai.

Kita ambil contoh mudah di mana pada tahun 2009, penduduk sekitar perumahan Taman Tas Ria 2, Pahang menghadapi senario yng sama apabila sebuah kilang bata yang dikenali sebagai Bee Leong Brickwork Sdn Bhd dibina bersebelahan dengan taman itu.

Ianya telah menyebabkan pencemaran alam sekitar yang amat teruk dimana ia melepaskan asap hitam hasil pembakaran untukoperasi penghasilan batu-bata.

Pencemaran seperti habuk dan asap itu telah menyebabkan para penduduk mengalami masalah kesihatan yang amat merungsingkan.

Tambah memeritkan lagi, rumah yang berdekatan dengan kilang itu senantiasa diselubungi habuk dan asap tebal yang banyak setiap hari kilang itu beroperasi.

Ini menyebabkan para penduduk terutamanya kanak-kanak mengalami masalah kesihatan yang amat ketara seperti batuk-batuk dan gatal-gatal yang berlarutan sejak sekian lama.

Sumber : http://pahangdaily.blogspot.com/2009/06/edisi-pahang-pencemaran-asap-dan-habuk.html?m=1

Jangan biarkan perkara yang sama menimpa penduduk Kampung Goebilt.. Adios.. 😎

*gambar hiasan

Sumber: UnReportedNews™® #iamSarawakian #IbuPertiwiku
Kilang pembinaan bata bakal dibina terlalu berdekatan dengan Kampung Goebilt? Kilang pembinaan bata bakal dibina terlalu berdekatan dengan Kampung Goebilt? Reviewed by Admin on March 15, 2019 Rating: 5

NAK GPS Berdiam Diri Bila Hak Sarawak Mulai Dihakis Semula..?

January 05, 2019

Oleh: Salfian Nawawi

SEKARANG Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah pembangkang, jadi, diamlah jangan melalak, semua Kerajaan Pakatan Harapan (PH) buat salah walhal anda sudah diberi lebih 50 tahun bersama Barisan Nasional (BN) untuk berbuat demikian tetapi gagal..

Ini hujah dan dakyah yang sering digunakan oleh cai PH Sarawak apabila wakil rakyat Sarawak memberi kenyataan balas mempertahankan hak Sarawak dan dasar-dasar kerajaan persekutuan PH yang berkaitan dengan Sarawak..

Saya tak nak huraikan lebih lanjut akan dakwaan "lebih 50 tahun bersama BN tapi gagal" kerana umum tahu siapa yang menjadi Perdana Menteri (PM) selama 22 tahun dari tempoh yang disebutkan iaitu tak lain dan tak bukan, PM sekarang.

Mengapa dulu wakil rakyat GPS tidak "berbunyi"? Pernahkan projek-projek pembangunan asas untuk rakyat Sarawak ditangguh atau dibatalkan sebelum ini?

Pada masa BN memerintah dulu, banyak peruntukan yang disalurkan kepada Sarawak namun pembangkang PH Sarawak (terutamanya kini yang memegang jawatan Menteri dan Timbalan Menteri) masih "bising" mengatakan peruntukan diberi tidak mencukupi.

Pernahkan sewaktu BN memerintah, peruntukan bantuan untuk rakyat hinggakan peruntukan selenggara jalanraya dihentikan sebelum ini?

Kerajaan PH seolah tidak mengambilkira sepatutnya yang bertanggungjawab menyediakan peruntukan tersebut adalah dari Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub didalam Perlembagaan Malaysia dan MA63.

Dan yang lebih sadisnya, individu yang memberi cadangan agar Kerajaan Sarawak mengunakan dana sendiri bagi sesetengah peruntukan yang telah dihentikan adalah mereka yang "bising" tentang peruntukan tidak pernah cukup semasa BN memerintah dahulu!

Jadi, bagaimana wakil rakyat GPS nak berdiam diri apabila hak Sarawak dan rakyatnya dihakis secara halus?

Kepada yang mempersoalkan mengapa kononnya GPS tidak berjuang mengenai Hak Sarawak semasa dalam BN dahulu, buta dan pekaklah kamu kerana Arwah Tok Nanlah yang telah berjuang hingga ke hujung hayatnya mengenai MA63.

Banyak persetujuan telah dicapai antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan BN, malah PM DS Najib (pada ketika itu) telah "bersetuju akan mengembalikan hak Sarawak sepertimana dalam MA63 yang telah terhakis".

Segala, ini berjalan dengan lancar namun kekalahan BN pada peringkat persekutuan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 telah membantutkan kesinambungan proses penyerahan kembali kuasa tersebut.

Sarawakian mempunyai fikiran yang matang dapat membezakan siapa yang mempertahankan hak dan rakyat Sarawak sebenarnya.. Buka mata, buka minda, nescaya kebenaran akan terlihat..😎

*SALAM dan selamat beristirehat dihujung minggu.. 😎

NAK GPS Berdiam Diri Bila Hak Sarawak Mulai Dihakis Semula..? NAK GPS Berdiam Diri Bila Hak Sarawak Mulai Dihakis Semula..? Reviewed by Admin on January 05, 2019 Rating: 5

Pemimpin PKR buat perjumpaan sulit mengenai bakal PM

January 03, 2019

Oleh:Minderjeet Kaur

PETALING JAYA: Beberapa pemimpin PKR telah memulakan rundingan dengan ketua-ketua negeri dan bahagian bagi mendapatkan sokongan untuk calon perdana menteri masing-masing apabila Tun Dr Mahathir Mohamad berundur.

Mereka terbahagi kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan mahu presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan nombor satu itu seperti dipersetujui Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14), sementara satu kem lagi mahu Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di tempat berkenaan.

Menurut sumber yang rapat dengan usaha rundingan tersebut, Azmin mengatasi Anwar dalam pilihan itu kerana mahir berunding.

“Parti tahu tentang kemahiran Azmin sebagai perunding terbaik pernah mereka lihat,” beliau memberitahu FMT.

Bagaimanapun katanya, Anwar berharap dapat mengimbangi Azmin dengan melantik ketua PKR negeri yang tidak menyokong timbalan presiden itu.

Sumber mengesahkan Anwar mengadakan perbincangan dengan ketua bahagian kira-kira sebulan sebelum melantik pemimpin negeri.

Dalam perbincangan tersebut katanya, ketua bahagian yang menyokong Azmin memberi cadangan masing-masing, tetapi Anwar mempunyai budi bicara untuk membuat keputusan terakhir tentang siapakah yang hendak dilantik.

“Ini yang sebabkan beberapa orang tidak puas hati kerana calon mereka tidak dipilih sebagai pengerusi negeri.

“Tetapi Anwar tidak melantik mereka yang lantang menolak Azmin,” katanya, sambil menambah tindakan tersebut bertujuan mengekalkan keharmonian dalam parti.

Bagaimanapun menurut sumber lain, kalau rundingan menolak Anwar berterusan, perebutan kuasa dalam parti akan menjadi lebih buruk.

Buat masa ini, walaupun hampir semua pemimpin PKR negeri yang baru dilantik adalah penyokong Anwar, sokongan untuk Azmin masih mengatasi presiden itu.

Pada November, sekutu Azmin memenangi jawatan tinggi dalam pemilihan PKR, mengukuhkan kedudukannya di peringkat akar umbi.

Pada Jumaat lepas, Anwar melantik Rafizi Ramli sebagai salah seorang daripada 3 naib presiden lantikan.

Ini membuatkan Azmin meluahkan perasaan tidak puas hatinya secara terbuka. Beliau mendesak Anwar mengkaji semula pelantikan tersebut dan mendakwa beberapa individu dilantik terlibat secara langsung dalam proses pemilihan yang tidak telus.

Azmin tidak menamakan mana-mana individu itu. - FMT

Pemimpin PKR buat perjumpaan sulit mengenai bakal PM Pemimpin PKR buat perjumpaan sulit mengenai bakal PM Reviewed by Admin on January 03, 2019 Rating: 5

ICERD beri kesan pada Melayu, Sabah, Sarawak, kata bekas ketua hakim

October 30, 2018
Foto Bernama
PETALING JAYA: Bekas ketua hakim negara berkata mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) mungkin memberi kesan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak.

Tun Abdul Hamid Mohamad dalam rencana hari ini berkata Perkara 1 ICERD secara ringkas mengatakan memberi keistimewaan kepada sesuatu kumpulan berdasarkan kaum adalah diskriminasi.

Beliau mengambil maklum Fasal 4 Perkara 1 ICERD membenarkan diskriminasi yang dijalankan bagi suatu tempoh yang terhad, namun Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (PP) tidak memenuhi syarat-syaratnya.

“Tanpa menghujahkan alasan-alasan lain, Perkara 153 tidak akan terkecuali kerana ia bukan bagi suatu tempoh yang terhad. Ia tidak menyebut bahawa ia tidak akan ‘diteruskan setelah tujuan yang ia diambil telah dicapai’,” katanya memetik fasal tersebut.

Demikian itu, Hamid berkata jika ICERD disahkan dengan serta merta sesuatu pihak boleh mencabar kesahan Perkara 153 atas alasan ia bercanggah dengan konvensyen itu.

“Selain itu…pihak yang tidak mahu adanya Perkara 153 akan menghujahkan bahawa tujuannya telah tercapai dan masa selama lebih daripada 60 tahun sudah cukup panjang dan ia tidak sepatutnya dibiarkan berterusan,” katanya.

Hamid seterusnya berkata Fasal 1 Perkara 2 ICERD secara ringkas mengatakan kerajaan hendaklah, antara lain, berusaha untuk menghapuskan diskriminasi kaum dengan segera termasuk meminda, membatal dan memansuhkan undang-undang yang mengekalkan diskriminasi kaum.

“Dalam kata-kata lain, Perkara 153 perlu dimansuhkan dan segala dasar yang mengutamakan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, mestilah dihentikan,” katanya.

Apa kesannya?

Hamid seterusnya berkata jika Malaysia mengesahkan ICERD maka kerajaan kena melaksanakan komitmennya, termasuk mengubah dasar-dasar berkaitan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak.

“Misalnya UiTM mestilah dibuka kepada semua, tidak boleh dikhaskan kepada pelajar Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak sahaja; pengambilan pegawai awam tidak boleh mengikut kuota lagi; demikian juga pemberian biasiswa, lesen dan kontrak, tidak boleh diberi keutamaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak lagi,” katanya.

Beliau juga menepis hujah ICERD boleh disahkan dengan pengecualian kepada keistimewaan Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak.

“Pengecualian seperti itu tidak boleh dilakukan sebab ia bercanggah dengan tujuan asas konvensyen itu, iaitu menghapuskan diskriminasi kaum.

“Jika Perkara 153 akan kekal, untuk apa konvesyen itu hendak disahkan sedangkan itulah tujuan ia hendak disahkan?” katanya. - FMT
ICERD beri kesan pada Melayu, Sabah, Sarawak, kata bekas ketua hakim ICERD beri kesan pada Melayu, Sabah, Sarawak, kata bekas ketua hakim Reviewed by Admin on October 30, 2018 Rating: 5

MAHATHIR VS ANWAR, PERISTIWA 1998-1999 BERULANG DI 2018-2019

October 28, 2018

Mohd Puad Zarkashi

28 Oktober 2018

Tidak lama lagi bajet Pakatan Harapan akan dibentangkan. Apa agaknya kelentong mereka kali ini? Kerajaan PH menghadapi masalah kewangan berat setelah silap menggantikan GST kepada SST termasuk ‘tax holiday‘ selama 3 bulan. Kita tunggu apa cukai baru yang akan dibebankan kepada rakyat?

Kenapa kelentong? Semasa membentangkan laporan separuh penggal RMK11 (2016-2021), Tun Mahathir langsung tidak menyentuh tentang janji 100 hari yang gagal ditunaikan. Sepatutnya Tun Mahathir mengemukakan “tawaran baru” atau new deal bagaimana janji itu dapat dilaksanakan semula.

Tetapi Tun Mahathir membiarkan janji itu berlalu begitu sahaja. Mereka melepaskan tengkuk dengan berbagai alasan. Tetapi mampukah Tun Mahathir terus berbohong. Tahun hadapan seperti diramalkan ‘recession’ akan berlaku. Harga barang akan terus meningkat.

Seperti krisis ekonomi dan politik pada tahun 1998-1999, dijangkakan ia akan berulang pada tahun 2018-2019. Melibatkan pelakon yang sama iaitu Mahathir vs Anwar. Pergeseran akan memuncak. Tun Mahathir kesuntukan masa kerana dia baru dapat Tok Pa seorang menyertai PPBM.

Dia tahu Anwar sudah menggerakkan buah caturnya lebih awal ke hadapan. - Editor Malaysia
MAHATHIR VS ANWAR, PERISTIWA 1998-1999 BERULANG DI 2018-2019 MAHATHIR VS ANWAR, PERISTIWA 1998-1999 BERULANG DI 2018-2019 Reviewed by Admin on October 28, 2018 Rating: 5

"Skim Kadir Jasin" Lebih Selamat Berbanding "Skim Jho Low"

October 15, 2018

NAK JADI KAYA? IKUT SKIM KADIR JASIN, BUKAN PAK MAN TELO ATAU JHO LOW

Oleh: Mohd Puad Zarkashi
9 Oktober 2018

Tidak sukar memahami apa yang tersirat dalam posting A Kadir Jasin (penulis upahan Tun M) yang disiarkan oleh portal Malaysiakini. Posting itu bertajuk “Rahsia jadi kaya cara Pak Man Telo”. Pada dia, mereka ini golongan bangang dan tamak. Justeru dia mahu mengajar kepada golongan ini cara buat skim Pak Man Telo yang gerenti tidak rugi tetapi untung besar. Beliau menamakannya sebagai skim Jho Low.

Tetapi sebenarnya Skim Pak Man Telo dan Jho Low tidak bagus. Paling bagus untuk jadi kaya raya ialah gunakan Skim Kadir Jasin. Skim ini berunsurkan proksi, kronisme, nepotisme dan kacang lupakan kulit.

Semua orang tahu Kadir Jasin dan tiga lagi kawannya iaitu Nazri Abdullah, Khalid Hj Ahmad dan Mohd Nor Mutalib dengan begitu mudah menguasai empayar media, TV3 dan dan NSTP (management buy out) menggunakan syarikat Realmild Sdn Bhd. Mudah kerana mereka adalah proksi kepada Anwar yang menjadi Menteri Kewangan ketika itu dan juga kroni kepada Tun Daim.

Mereka berempat menguasai 48.01% saham NSTP dan 43.22% saham TV3 daripada Renong yang dikuasai oleh Halim Saad. Ketika itu dikatakan ada masalah antara Halim Saad dan Anwar. Banyak pihak mempersoalkan MBO ini kerana modal berbayar Realmild hanyalah RM100 ribu dan tidak mempunyai aset tetapi dapat menguasai empayar media yang bernilai RM800 juta tunai.

Tetapi oleh kerana mereka adalah proksi dan kroni kepada Anwar dan Daim maka dua hari kemudian MRCB umum mengambil alih kepentingan Realmild. MRCB memang ada tunai. MRCB dikuasai oleh Wan Azmi Wan Hamzah (Pengerusi) dan Mirzan Mahathir (Pengarah). Wan Azmi juga merupakan Pengarah Fleet Group ketika itu.

Kemudian Wan Azmi dan Mirzan meletak jawatan dan diambil alih semula oleh mereka berempat tadi. Melalui “management buy out” dan “reverse takeover” itu Kadir Jasin dan tiga kawannya tadi menjadi kaya kerana dapat menguasai secara langsung dan tidak langsung 5 syarikat public listed yang berkaitan termasuk Bank of Commerce.

Skim Kadir Jasin adalah skim merompak sesama sendiri. Yang penting mesti pandai memilih Tuan. Tidak perlu berterima kasih kepada yang membantu. Sebab itu Kadir Jasin tidak pernah merasa terhutang budi kepada Anwar. Bila berlaku krisis antara Mahathir-Anwar pada 1998, Kadir Jasin kekal menjadi kroni kepada Mahathir-Daim. Sekarang dia menjadi lebih kuat kerana Tun M dan Daim kembali berkuasa. Memang pandai Kadir Jasin.

Kaya melalui proksi dan kroni lebih selamat. Tidak perlu bimbang untuk dipakaikan baju oren SPRM dan digari. Sebab itu Kadir Jasin tidak berpuas hati kenapa Najib dan Rosmah tidak digari dan memakai baju oren. Pada beliau mereka yang ikut skim Kadir Jasin sahaja yang layak tidak digari dan dipakaikan baju oren.

Sumber: Editor Malaysia
"Skim Kadir Jasin" Lebih Selamat Berbanding "Skim Jho Low" "Skim Kadir Jasin" Lebih Selamat Berbanding "Skim Jho Low" Reviewed by Admin on October 15, 2018 Rating: 5

Manifesto pilihan raya perlu diikat dengan undang-undang

October 15, 2018

KUCHING: Satu langkah baharu perlu diambil bagi memastikan setiap janji manifesto yang dibuat dalam proses pilihan raya di negara ini dipenuhi tanpa adanya sebarang alasan, kata Pensyarah Kanan Fakulti Syariah & Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Muzaffar Syah Mallow.

Justeru, katanya pihak mahkamah amnya harus melihat semula status undang-undang yang diberikan terhadap manisfesto yang dibuat oleh mana-mana ahli atau parti politik.

Beliau menjelaskan dengan mengambil kira keadaan semasa kini, adalah perlu untuk proses penambahbaikan dilakukan bagi melindungi rakyat khususnya para pengundi daripada menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab sewaktu tibanya musim pilihan raya.

“Setiap manifesto yang dibuat oleh mana-mana ahli atau parti politik perlu diikat dengan undang-undang supaya tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana ahli atau parti politik yang tidak memenuhi atau melanggari janji manifesto mereka,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Selain itu, Dr Muzaffar juga menyarankan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil langkah yang proaktif dalam mengatasi isu tersebut.

Tegas beliau, SPR perlu mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu manifesto ini untuk diberikan satu kuasa undang-undang terhadapnya.

“Pindaan boleh dilakukan melalui sebarang akta sedia ada seperti Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5] bagi menyelesaikan perkara ini demi melindungi pengundi daripada ditipu atau dikelirukan dengan mana-mana manifesto pilihan raya pada masa akan datang,” ujarnya.

Terdahulu, Dr Muzaffar menegaskan bahawa mana–mana ahli atau parti politik yang membuat janji melalui manifesto pilihan raya perlu bertanggungjawab terhadap semua janji yang telah dibuat oleh mereka itu.

Katanya, amat menyedihkan sekiranya sebarang janji yang telah dibuat dalam manifesto pilihan raya tidak dipenuhi dan ditepati mana-mana ahli atau parti politik setelah mereka memenangi pilihan raya dan memegang kuasa sebagai kerajaan.

Tambah beliau, tindakan sedemikian menunjukkan dengan jelas sikap tidak hormat mereka terhadap para pengundi yang telah memberi kepercayaan dan memberi undi kepada ahli dan parti politik yang telah membuat pelbagai jenis janji dalam manifesto pilihan raya mereka.

Manifesto pilihan raya adalah sebuah dokumen bertulis yang mengandungi janji yang bakal dipenuhi sekiranya ahli atau parti politik yang membuat manifesto terbabit menang dalam proses pilihan raya.

Kesemua janji ini selalunya dilihat sebagai ‘janji manis’ sewaktu pilihan raya yang digunakan untuk memenangi hati rakyat terutama hati pengundi.

Antara janji yang sering dilemparkan adalah yang berkaitan dengan janji untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat, janji untuk memberi pelbagai jenis bantuan sosial, janji untuk memberi kemudahan pendidikan dan pengangkutan dan macam-macam jenis janji lagi. - UTUSAN BORNEO

Manifesto pilihan raya perlu diikat dengan undang-undang Manifesto pilihan raya perlu diikat dengan undang-undang Reviewed by Admin on October 15, 2018 Rating: 5

Semoga deja vu 1998 tidak berulang

October 15, 2018

SELEPAS dinafikan hak selama 20 tahun dalam politik, akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Dewan Rakyat dengan penuh bergaya.

Beliau bukan sahaja menang besar di PRK Port Dickson malah menyebabkan lima calon Bebas termasuk Tan Sri Mohd Isa Samad hilang wang pertaruhan.

Hari ini Presiden PKR itu mengangkat sumpah di Dwan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Port Dickson selepas kali terakhir bergelar Ahli Parlimen Permatang Pauh tiga tahun lalu.

PRK Parlimen Port Dickson atau Langkah PD diadakan selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, mengosongkan kerusi itu pada 12 September lalu bagi membolehkan Anwar kembali ke Dewan Rakyat.

Ramai berpendapat kemenangan Anwar itu adalah kesinambungan daripada kejayaan PH menumbangkan BN 9 Mei lalu.

Rakyat mahu melihat kombinasi Anwar dan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membawa agenda perubahan yang rakyat mahukan.

Keputusan ini melengkapkan hasrat rakyat bukan sahaja mahu melihat kerajaan Malaysia berubah malah mahu melihat Anwar menjadi Perdana Menteri.

Rakyat amat berharap peralihan kuasa bukan sahaja dapat berjalan dengan baik malah dapat disegerakan.
Gandingan kedua-dua pemimpin ini bukanlah baharu kerana Anwar pernah menjadi timbalan ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

Namun Anwar dipecat daripada jawatan tersebut pada 1998 dan dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun pada 1999 kerana didapati bersalah atas tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Pada tahun 2000, beliau dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun kerana didapati bersalah atas tuduhan meliwat pemandunya, sebelum sabitan kesalahan itu digugurkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004 dan beliau dibebaskan.

Bagaimanapun, beliau sekali lagi ditahan atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya yang juga merupakan calon Bebas PRK Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Namun beliau diputuskan tidak bersalah pada tahun 2012 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau kembali ke Parlimen sebagai ketua pembangkang setelah berjaya memenangi PRK Permatang Pauh pada tahun 2008.

Namun Anwar kembali dipenjara pada tahun 2014 apabila Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi.

Anwar akhirnya mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dan dibebaskan dari penjara pada 16 Mei 2018, beberapa hari selepas PH membantu kerajaan baharu.

Anwar terpaksa melalui jalan yang berliku untuk merealisasikan cita-cita dan impian politiknya.
Kini destinasi yang dituju semakin hampir.

Bagaimanapun kita mendoakan agar deja vu 1998 tidak berulang. Rakyat sudah penat dengan politik.

Rakyat mengimpikan agar aura dan kehebatan kedua-dua pemimpin ini menjadi pelengkap kepada Malaysia Baharu, ke arah negara lebih cemerlang dan terbilang. - Sinar Harian
Semoga deja vu 1998 tidak berulang Semoga deja vu 1998 tidak berulang Reviewed by Admin on October 15, 2018 Rating: 5

Nak hapus BR1M jangan sampai hina orang miskin!

August 27, 2018

Meskipun Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu menghapuskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) janganlah sampai menghina golongan miskin.

Bekas menteri kabinet, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, BR1M oleh kerajaan terdahulu bukan untuk menjadikan golongan miskin kepada kaya, sebaliknya membantu meringankan hidup mereka.

Malah, kata beliau, BR1M adalah bantuan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bersasar dan peruntukkannya datang daripada penstrukturan ekonomi Malaysia sebelum ini.

“Sudahlah dihapuskan, ada pemimpin PH yang sanggup kata kalau nak duit lebih, nelayan, petani, peneroka dan orang miskin kena kerja lebih kuat

“BR1M bukan nak bagi mereka kaya. BR1M untuk bantu mereka. Banyak negara diseluruh dunia buat program yang sama. Singapura buat. Saudi Arabia (Arab Saudi) pun buat,” tegasnya dalam satu posting di Facebook hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mengumumkan BR1M yang bertujuan membantu rakyat yang memerlukan akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan sepenuhnya

Beliau dipetik mendakwa, ia terpaksa dilakukan memandangkan rakyat terlalu dimanjakan oleh pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahathir yang juga Pengerusi PH menegaskan, rakyat tidak sepatutnya merasakan mereka boleh mendapatkan wang tanpa bekerja.

Pengumuman Mahathir itu mendapat sokongan padu pemimpin kerajaan PH termasuk Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendakwa BR1M sebagai rasuah sekali gus membawa erti penerima BR1M sebagai penerima rasuah.

Penyokong PH di media sosial turut mempertahankan pemansuhan BR1M dengan menyifatkan penerimanya yang terdiri daripada warga emas dan keluarga berpendapatan rendah sebagai golongan pemalas.

Sementara itu, Abdul Rahman mempersoalkan mengapa janji kerajaan PH untuk menghapuskan semua tol sejurus menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak dilaksanakan, sebaliknya janji mereka kononnya untuk meneruskan BR1M semasa kempen PRU14 pula dihapuskan. - bnpportal
Nak hapus BR1M jangan sampai hina orang miskin! Nak hapus BR1M jangan sampai hina orang miskin! Reviewed by Admin on August 27, 2018 Rating: 5

Pesanan Terakhir Arwah Tok Nan Sudah Tertunai..

July 12, 2018


BAGAIKAN mahu "memaklum"kan kepada mantan Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem yang "pesanan terakhirnya" sudah tertunai, balunya, yang juga ADUN Tanjung Datu Datin Patinggi Datuk Amar Puan Sri Jamilah Haji Anu serta ADUN-ADUN GPS termasuk Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah menziarahi pusaranya di Tanah Perkuburan Islam Samariang pada sebelah petang tadi.

Datuk Patinggi Jamilah bersama pemimpin-pemimpin GPS menyiramkan air bunga mawar di pusara Tok Nan sebelum mereka membaca Al-Fatihah (dengan yang bukan Islam bertafakur selama seminit).

Ketika berbahas mengenai Pindaan Kanun Tanah Sarawak 2018 di DUN Sarawak semalam, Datuk Patinggi Jamilah menyatakan, pesanan terakhir Arwah Tok Nan sebelum beliau menghembus nafas terakhirnya adalah agar menyelesaikan masalah Tanah Adat Pemakai Menoa Pulau Galau.

Pindaan Kanun Tanah 2018 yang telah dibentangkan oleh Datuk Amar Douglas semalam telah dibahas oleh beberapa orang ADUN dari GPS dan PH.

Alhamdullillah, DUN Sarawak pada tengahari tadi telah meluluskan Rang Undang-undang Kanun Tanah (Pindaan) 2018 dengan undi suara majoriti selepas bacaan kali ketiga.

Speaker, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, mengumumkan rang undang-undang itu diluluskan selepas 35 anggota dewan berucap membahaskannya.

Betul kata pujangga.. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.. begitulah juga nama serta aura Arwah Tok Nan yang sehingga kini masih bisa menyentuh perasaan rakyat jelata.

Biarpun dua tahun sahaja Arwah menjadi Ketua Menteri, beliau berjaya menambat hati majoriti rakyat Sarawak dengan sikap "humble"nya, rasa sayang dan keperihatinannya kepada rakyat Sarawak dan juga ketegasannya.

Jasa dan budi Tok Nan kepada Sarawak tiada terhingga.. Terimakasih Tok Nan.. Al-Fatihah..

*Saya sempat berbual dengan Datuk Patinggi Jamilah si DUN Sarawak pada petang tadi.. walaupun beliau nampak penat namun

jelas kelihatan kepuasan dan kegembiraan di wajahnya kerana pesanan Arwah Tok Nan telah tertunai.. sempat beliau mengulangi pesanan azimat Arwah Tok Nan.. "Jaga Sarawak tok bait-bait Pyan".. saya hanya menggangguk kepala dan dalam hati saya berkata, insyaAllah Datuk, selagi nyawa ada dibadan, saya akan pertahankan Sarawak dengan sedaya upaya saya..

Tulisan Asal: Salfian Nawawi
Pesanan Terakhir Arwah Tok Nan Sudah Tertunai.. Pesanan Terakhir Arwah Tok Nan Sudah Tertunai.. Reviewed by Admin on July 12, 2018 Rating: 5

Bersediakah DAP dan PKR Sarawak "Berkorban" Kerusi Untuk PPBM?

June 29, 2018

Oleh: Salfian Nawawi

CALON Melayu DAP Sarawak seperti Aziz Tanggang boleh mengucapkan selamat tinggal kepada peluang untuk bertanding pada PRN12 Sarawak dengan kedatangan PPBM ke Sarawak.

Aziz akan kekal menjadi "maskot" DAP Sarawak dengan tugas khasnya untuk meng"skru" bangsa Melayu Sarawak namun untuk menjadi calon lagi.. peluangnya kini amat tipis dengan kehadiran PPBM..

Biarpun PPBM hanya memenangi 13 kerusi sahaja pada PRU14, mereka mampu memegang jawatan Perdana Menteri namun jawatan-jawatan penting dalam kabinet serta Menteri Besar di beberapa buah negeri.

Bukan sahaja DAP Melayu Sarawak, DAP Bumiputera Sarawak kedudukan calon atau Ahli Parlimen DAP Bumiputera juga terancam dengan kedatangan PPBM ke Sarawak.

DAP Sarawak, khususnya barisan pemimpin Cina seperti Chong Chieng Jen dan Violet Yong yang mengalu-alukan kedatangan PPBM juga seolah menutup peluang calon DAP Melayu dan Bumiputera Sarawak untuk bertanding dalam PRN atau PRU nanti.

Mordi Bimol, Ahli Parlimen Mas Gading jangan ingat kedudukan bekiau selamat kerana Tun M bila-bila masa boleh mengantikannya dengan calon PPBM untuk bertanding di sana pada PRU15 nanti.. ingat, never say NO to your Prime Minister..

Mana ada Chong peduli dengan kedudukan ahli Melayu dan Bumiputera Sarawak.. asalkan kedudukannya sendiri selamat sudah memadai..

Seperkara je mungkin PPBM susah nak ambil alih iaitu kerusi DAP Cinna Sarawak namun harus berhati-hati kerana manipulasi Tun M ini tidak dapat dijangka dan sebagai contoh, Lim Kit Siang yang bermusuh dengannya selama berdekad-dekad pun kini tidur sebantal dengannya setelah dijinakkan oleh Tun M..

Pastinya Tun M dan PPBM mahu membuktikan rakyat Sarawak "menerima" PPBM, maka sekurang-kurangnya satu kerusi selamat dari DAP dan PKR Sarawak perlu "dikorbankan" kepada PPBM pada PRN12 nanti.. tunggulah siapa yang menjadi mangsa nanti.

Mengenai pembahagian kerusi untuk ditandingi pada PRN atau PRU nanti, DAP dan PKR Sarawak juga harus bersedia "berbahagi" dengan PPBM.. dapatkah ahli-ahli kedua parti tersebut menerima situasi ini?

Melihat cara pemerintahan Tun M sekarang, apa sahaja yang dihajatinya pasti akan menjadi kenyataan.. bersediakah rakyat Sarawak menerima "penjajahan" terbaru ini? Bersediakan rakyat Sarawak untuk menerima PPBM? 
Bersediakah DAP dan PKR Sarawak "Berkorban" Kerusi Untuk PPBM? Bersediakah DAP dan PKR Sarawak "Berkorban" Kerusi Untuk PPBM? Reviewed by Admin on June 29, 2018 Rating: 5

GPS menjadi pilihan terbaik rakyat Sarawak

June 27, 2018

MENGAPA GPS masih menjadi pilihan terbaik rakyat Sarawak yang sayangkan Sarawak..

Hanya parti-parti komponen dalam GPS; PBB, SUPP, PRS dan PDP yang TIADA mempunyai pengaruh keSemenanjungan terhadap mereka kerana GPS berdiri di atas kaki sendiri.

Beza GPS dan BN Sarawak dulu.. BN Sarawak dulu agar konservetif berbanding sekarang dan perubahan ketara ini jelas dapat dalam dilihat semasa prosiding kes mahkamah kerajaan Sarawak vs Petronas baru-baru ini dimana kerajaan Sarawak berjuangan secara "all out tanpa berlapik dan beralas" lagi.

Mungkin sebelum ini, BN Sarawak mahu menjaga muka rakan komponen parti BN Semenanjung; UMNO, MIC, MCA dan yang lain-lain namun dengan situasi sekarang, GPS tidak lagi terlalu harus menjaga hati mereka tapi lebih mengutamakan menjaga hati dan HAK rakyat SARAWAK.

Kemunafikan PH Sarawak terserlah pada tahap yang tertinggi apabila Violet Yong semalam seolah mengalu-alukan perancangan PPBM untuk melebarkan sayap mereka ke Sarawak biarpun tahu PPBM adalah "clone UMNO".

Walhal sebelum ini DAP Sarawak bermati-matian tidak mahu UMNO bertapak di sini namun demi ketuanan Semenanjung mereka, perkara yang "haram" sebelum ini dengan sewenangnya di "sucikan dan ditarbiah menjadi halal" kerana kepentingan mereka sendiri.

Anda boleh nafikan, spin bagaimana pun tapi itu adalah kenyataan.. GPS tiada ketuanan Semenanjung berbanding gabungan PH; PPBM, PKR, DAP dan PAN mahu pun PAS.

Dapatkah DAP Sarawak membuat pertimbangan antara ketaatan kepada ketuanan Semenanjung mereka dan rasa sayang mereka kepada Sarawak dalam soal mempertahankan hak Sarawak?

Kita ambil contoh mudah.. dalam kes mahkamah Kerajaan Sarawak vs Petronas mengenai hak gas dan minyak Sarawak baru-baru ini.. sedangkan rakyat Sarawak dari pelbagai komposisi kaum dan latarbelakang idealogi serta politik bersatu, DAP Sarawak memilih untuk berpeluk tubuh.

Bukan sahaja mereka tiada memberi apa-apa sumbangan idea atau cadangan terhadap perjuangan tersebut, DAP Sarawak juga secara sinis memperlekehkan usaha Kerajaan Sarawak.

Apakah jaminan pemimpin PH Sarawak (sekiranya mereka berkuasa di Sarawak) yang mereka akan mempertahankan Hak Sarawak dan tidak membantah sekiranya ketuanan Semenanjung mereka tiba-tiba bertindak membuat pindaan terhadap perlembagaan Sarawak.

Perlu di ingatkan janji PH semuanya tidak boleh dipakai sepertimana janji "100 hari" mereka sekiranya berjaya menjadi yang kerajaan persekutuan namun kemudiannya diberi alasan tidak dapat ditunaikan atas alasan-alasan yang munasabah.

Bayangkanlah jika PH Sarawak sudah berjanji akan mempertahankan hak Sarawak namun setelah berkuasa akan memberi alasan "pindaan terhadap perlembagaan Sarawak terpaksa di buat demi untuk kesejahteraan Malaysia.. itu yang lebih utama"..

Bagaimana dengan kuasa autonomi Imigresen Sarawak, tanah adat, NCR dan lain-lain keistimewaan rakyat Sarawak nanti? Apa yang rakyat Sarawak boleh buat pada ketika itu? Menangis airmata darah pun tiada berguna pada masa itu..

Rakyat Sarawak pastinya bijak akan membuat pertimbangan.. ketepikan apa jua permasalahan.. utama kepentingan dalam mempertahankan hak Sarawak demi untuk masa depan anak cucu kita.. 😎

#iamSarawakian #TeamGPS

*kredit illustrasi kepada Sarawakian cartoonist EdrenDhany Dautt
GPS menjadi pilihan terbaik rakyat Sarawak GPS menjadi pilihan terbaik rakyat Sarawak Reviewed by Admin on June 27, 2018 Rating: 5

Saham Jatuh Dividen KWSP Mungkin Rendah

May 24, 2018

DIVIDEN KWSP berkemungkinan jauh lebih rendah daripada tahun-tahun sebelum ini berikutan dengan kejatuhan saham berikutan dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab daripada Mahathir dan Lim Guan Eng berkenaan dengan hutang negara.

Kedua-dua mereka mendakwa Malaysia menanggung hutang hampir RM1 trilion sedangkan angka rasmi sebelum ini adalah RM686 bilion.

Ketika mengakhiri dagangan jam 5 petang semalam, FTSE Bursa Malaysia KLCI merekodkan kerugian sebanyak 40.78 mata atau 2.21 peratus kepada 1804.25 mata. Prestasi buruk Bursa Malaysia itu didorong oleh sentimen tidak baik terhadap hutang negara yang tinggi seperti mana kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir dan Lim Guan Eng.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perbuatan mengatakan hutang kerajaan adalah sebanyak 65% daripada KDNK, yang jauh lebih tinggi daripada angka rasmi 50.9% dan mendakwa hutang itu berjumlah RM1 trilion tanpa memberikan perinciannya akan hanya menggugat pasaran kewangan.

Ia juga akan menakutkan agensi penarafan dan memberi kesan ke atas keyakinan pelabur terhadap institusi negara seperti Bank Negara Malaysia, katanya.

Najib berkata akibat “kenyataan yang mengejutkan dan mengelirukan” itu indeks Bursa Malaysia jatuh paling teruk dalam kalangan pasaran saham seluruh dunia, menyebabkan puluhan bilion ringgit nilai pasaran hilang dalam satu hari.

Portal berita bisnes, The EdgeMarkets melaporkan, kejatuhan teruk pasaran saham ini disebabkan kebimbangan terhadap hutang awam kita.

Dan yang paling membimbangkan rakyat Malaysia perkara ini akan mempengaruhi dana kita seperti KWSP dan PNB, dan akan menurunkan kadar dividen kepada pencarum untuk tahun ini.

Kerajaan PH dilihat amat tidak bertanggungjawab dalam usaha mereka menyalahkan Datuk Seri Najib bagi mewujudkan persepsi keadaan kewangan yang buruk. Ianya menyebabkan kerajaan baru tidak dapat menunaikan janji manifesto pilihan raya dan mewajarkan langkah mengurangkan anggota perkhidmatan awam.

Kalau hujung tahun ini dividen KWSP dan ASB dapat rendah, hendak salah siapa? Inilah harganya menukar kerajaan di Putrajaya. Kerana terpedaya dan termakan janji janji manis akhirnya apa pun tidak dapat.

Baru masuk Putrajaya, beberapa orang wakil DAP sudah melawat KWSP. Hendak tengok apa di KWSP? Bimbang juga ramalan Rafizi bahawa KWSP akan bankrup akan jadi kenyataan di bawah kerajaan PH ini.

Ikhlas
Penyimpan KWSP
Saham Jatuh Dividen KWSP Mungkin Rendah Saham Jatuh Dividen KWSP Mungkin Rendah Reviewed by Admin on May 24, 2018 Rating: 5

Malaysia Muflis: Hutang RM800 Bilion?

May 23, 2018

Sana-sini orang bercakap yang Malaysia akan muflis kerana hutang negara mencecah lebih daripada RM800 bilion.

Ia satu persoalan yang sungguh sensasi. Dijaja oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Tetapi mereka yang bercakap begitu sedarkah apa yang dicakapkan ?

Sebenarnya hutang negara berkait rapat dengan pengeluaran dalam negara. Secara amnya kita mengukur pengeluaran dengan indek atau peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Jika kita nak membuat perbandingan hutang sesebuah negara itu, biasanya kita tenguk KDNK sesebuah negara. Selalunya nisbah hutang berbanding KDNK yang tinggi, ia membawa makna sesebuah negara itu mempunyai risiko untuk muflis.

Namun demikian, indikator ini bukanlah mutlak. Kerana hutang negara juga dipantau dengan “rating” oleh agensi penarafan antarabangsa seperti Moody’s, Standard & Poor dan Fitch.

Kedudukan kewangan yang mana melibatkan pendapatan dan keupayaan membayar hutang akan diberikan penarafan A, B, dan C atau kombinasi antaranya.

Apakah rating yang diberikan oleh ketiga-tiga agensi penarafan bagi Malaysia ?
Standard & Poor : A-
Moody’s : A3
Fitch : A-

Indonesia :
Standard & Poor : BB+
Moody’s : Baa3
Fitch : BBB-

Singapura :
Standard & Poor : AAA
Moody’s : Aaa
Fitch : AAA

Thailand :
Standard & Poor : BBB+
Moody’s : Baa1
Fitch : BBB

Manakala negara yang pernah muflis, Greece :
Standard & Poor : B-
Moody’s : C
Fitch : CCC

Antara empat negara ASEAN, Singapura mempunyai rating yang terbaik. Kemudian diikuti oleh Malaysia.

Maka, apakah jika perbandingan hutang negara Vs KDNK yang tinggi tetapi rating yang baik akan turut muflis ?

Kita lihat contoh Singapura dan Malaysia.

Hutang negara Singapura ialah 112% berbanding KDNK, namun rating yang diberikan oleh agensi penarafan antarabangsa semuanya AAA. Ini bermakna, walaupun negara itu berhutang yang amat tinggi tetapi ia MAMPU utk membayar hutangnya.

Bagi Malaysia pula, hutang negara adalah sekitar 50.9% (mengecil daripada 53.2% sebelumnya) berbanding KDNK. Rating utk Malaysia juga adalah yang kedua terbaik di kalangan empat negara itu.

Bagaimana pula bagi Jepun, kerana hutang negara ialah 250% berbanding KDNK. Maka apakah Jepun akan lebih cepat MUFLIS daripada Malaysia ? Sudah tentunya tidak.

Keadaan di Greece dahulu yang menjadi muflis ialah kerana perbelanjaan melebihi pendapatan dan sudah tentu gagal membuat bayaran terhadap pinjamannya. Kemudiannya Greece juga tidak mendapat pinjaman kewangan dari bank-bank negara-negara blok Kesatuan Eropah (EU) kerana rating yang rendah. Akhirnya Greece menuju kemuflisan.

Tahukah kita berapa hutang negara Singapura dan Malaysia ?

Hutang luar Singapura ialah US$1.766 trillion. Baca betul-betul, bukan billion, tetapi trillion. Malah dalam matawang USD pula.

Hutang luar Malaysia ialah RM883.4 bilion seperti yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk tahun 2017.

Cuba kita kira sendiri, berapa nisbah antara hutang luar Singapura berbanding hutang luar Malaysia. Nampak sangat hutang luar Malaysia terlalu kecil.

Mengapa Singapura mempunyai hutang luar yang banyak dan sedangkan ia adalah sebuah negara yang kecil ?

Sebenarnya ia tidak banyak menggunakan hutang luar itu untuk pembangunan fizikal dalam negara. Hutang luar Singapura adalah berbentuk pasaran modal kerana ia adalah sebuah negara yang mengamalkan, “dengan hutang buat hutang akhirnya dapat untung”.

Secara tipikalnya, model perniagaan Singapura ini turut ditiru oleh 1MDB. Sebab itulah 1MDB bermula dengan modal berbayar RM1 juta sahaja tetapi boleh mengumpul hutang yang banyak dan akhirnya kini asetnya melebihi liabilitinya.

Apakah model perniagaan Singapura dan 1MDB ini dikatakan “smart” ?

Jadi hutang luar sesebuah negara tidak boleh dilihat daripada “angka” sahaja, tetapi harus melihat kepada “model” perniagaannya.

Jika kita membaca laporan kewangan negara sebelum dan selepas tahun 2014, kita akan dapati angka-angka yang amat menakjupkan.

Sebelum tahun 2014, tafsiran hutang negara adalah berbeza. Kemudian Bank Dunia mengarahkan pelaporan hutang negara bagi semua negara di dunia diubah format tafsirannya.

Maka selepas tahun 2014, hutang negara adalah meliputi hutang kerajaan + hutang swasta + hutang syarikat awam + hutang individu / hutang isi rumah.

Sebab itulah angka-angka hutang kerajaan selepas tahun 2014 dilihat menambah tiga kali ganda daripada sebelumnya.

Sebagai contoh, hutang luar negara di tahun 2013 ialah RM196 bilion. Jika digunakan format pelaporan yang disyorkan oleh Bank Dunia, jumlah hutang luar negara ialah RM696.6 bilion.

Sebab itulah apabila kita membandingkan hutang luar semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir dahulu, kita dapati hutang luar adalah kecil.

Tetapi semasa pentadbiran Datuk Seri Najib pula, hutang luar negara “amat tinggi”. Ini disebabkan oleh “format pelaporan” yang berbeza. Bukannya disebabkan oleh pentadbiran DS Najib sengaja membuat hutang yang banyak sangat.

Saya ambil contoh pecahan hutang luar negara dalam tahun 2015, iaitu setelah menggunakan format pelaporan terbaru yang disyorkan oleh Bank Dunia.

Pada bulan Mac, 2015 hutang luar negara ialah RM744.7 bilion. Data-data di bawah ini adalah dikeluarkan oleh pihak berwajib.

Pecahannya adalah seperti berikut :

42% hutang warga asing,
37% hutang sektor swasta,
10% hutang awam,
9% hutang kredit pelaburan dan jaminan
2% hutang kerajaan.

Hutang kerajaan yang 2% itu mewakili RM16.8 bilion sahaja.

Walaupun kita tidak memperolehi pecahan bagi hutang untuk tahun 2016 – 2017, namun ia tentunya tidak lari daripada format yang begitu.

Maka jika hutang negara berjumlah RM883.4 bilion utk tahun 2017, berapakah agaknya hutang sebenar kerajaan ?

Kalau dikatakan 3%, maka hutang kerajaan ialah RM26.5 bilion.

Jika 4% pun, hutang sebenar kerajaan ialah RM35.3 bilion.

Satu fenomena yang digusarkan di Malaysia ialah pertambahan hutang individu atau hutang isi rumah. Kerana ia juga merupakan hutang negara. Jangan kita fikirkan yang hutang kita kepada bank untuk membeli rumah, kereta dan pelbagai aset itu tidak dikatakan hutang negara.

Kerana ada segelintir daripada kita yang marahkan hutang negara yang tinggi tetapi tetap membuat pinjaman yang besar untuk membeli aset. Sebenarnya kita adalah penyumbang kepada kenaikan hutang negara.

Namun kalau kita tidak berhutang, manakan kita dapat memiliki rumah atau kereta ? Betul tak begitu ?

Sama juga bagi negara, jika tidak berhutang, manakan dapat dilaksanakan pelbagai projek pembangunan utk rakyat.

Oleh itu berhutang adalah PERLU mengikut kemampuan untuk membayar hutang.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, adakah anda berfikiran yang Malaysia akan muflis ?

Ditulis oleh :

Hisemudin Kasim
BSP, Selangor.
Malaysia Muflis: Hutang RM800 Bilion? Malaysia Muflis: Hutang RM800 Bilion? Reviewed by Admin on May 23, 2018 Rating: 5

Gambar Beg Tangan Dari Serbuan 1MDB? Itu Milik Kami – laman beli-belah

May 21, 2018

Tulisan asal oleh:
Free Malaysia Today, 20 Mei 2018

PETALING JAYA: Gambar yang menunjukkan barisan beg tangan mewah yang tersebar meluas di dalam media sosial bukanlah dari serbuan oleh polis berkaitan 1MDB sejak seminggu lalu – tetapi diambil dari laman web beli-belah.

http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2018/05/birkin-handbags-singapore-gd-3.jpg

“Shopfirstluxury”, sebuah kedai menjual barangan mewah di Singapura membuat aduan mengenai penggunaan gambarnya dalam satu catatan di Instagram dan menggesa orang ramai untuk berhenti mengaitkan gambar itu dengan kes tersebut.

Blog The Sarawak Report juga turut menggunakan gambar tersebut, dan mengaitkannya dengan rampasan beg tangan Hermes Birkin dalam satu serbuan polis ke atas 3 pangsapuri mewah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, minggu lalu.

Pengendali “shopfirstluxury” berkata: “ Saya tidak tahu bila dan bagaimana ia bermula awal minggu ini, kawan warga Malaysia saya yang memberitahu saya tentang beberapa saluran berita dalam talian Malaysia menggunakan gambar saya dalam berita mereka.

“Kami cuba menghubungi beberapa saluran berita tetapi nampaknya tidak mendapat sebarang respons dan kini ia telah tersebar ke Indonesia.

“Jika ada yang menerima gambar tersebut, tolong jangan sebarkannya lagi menggunakan gambar ini. Pelanggan saya yang mengunjungi bilik pameran lama saya tahu dengan tepat bila gambar ini diambil.

“Dalam era penyebaran maklumat yang pantas ini, kita perlu menjadi pembaca berita yang bertanggungjawab, dan berfikir dua kali sebelum berkongsi maklumat dengan kawan-kawan dan keluarga.”

Star Online sebelum ini telah melaporkan satu lagi gambar, yang menunjukkan 6 utas jam tangan Rolex, yang tersebar meluas dalam laman media sosial Pinterest, dan satu lagi beg yang dipenuhi wang tunai Dolar Amerika, adalah dari satu kes rompakan pada Jun 2016 yang berlaku di Amerika Syarikat.

Pada 18 Mei, polis merampas hampir 300 beg tangan dan juga 72 buah beg berisi wang tunai, jam tangan dan barang kemas dari 3 pangsapuri di Pavillion Residences.

Tulisan asal oleh:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/05/20/1mdb-raid-handbag-photos-theyre-ours-says-shopping-site/
Gambar Beg Tangan Dari Serbuan 1MDB? Itu Milik Kami – laman beli-belah Gambar Beg Tangan Dari Serbuan 1MDB? Itu Milik Kami – laman beli-belah Reviewed by Admin on May 21, 2018 Rating: 5

WHEREABOUTS OF 1MDB LINKED CONTROVERSIAL BUSINESSMAN JHO LOW

May 16, 2018

I refer to the Prime Minister’s statement, which was reported in Malaysiakini today, as to the Whereabouts of 1MDB linked controversial businessman Jho Low.

https://www.kinitv.com/video/61003O8

As a Malaysian and NGO leader, I strongly support and back the intentions of the Prime Minister to apprehend Jho Low and recover the ‘stolen duit rakyat’ from him.

And in my capacity as a Malaysian and a NGO leader, I would like to extend a little helping hand to this very noble attempt by our Prime Minister.

I would like to bring forth a very important point, which I am pretty sure will assist and abet the efforts of our Prime Minister to locate Jho Low and recover the ‘stolen amount’ from him, to the Prime Minister’s attention. A point our Prime Minister may have missed on a hindsight.

In an article published in The Star on the 1st of November 2014, it was explicitly stated that Jho Low’s involvement in 1MDB begun before former premier Najib took helm as the Prime Minister,

Jho Low was appointed as a special adviser to the Sultan of Terengganu and the-then Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin to help set up Terengganu Investment Authority (TIA).

For the record, Jho Low was involved in the setting up of TIA from January 2009 to mid-May 2009.

This is a crucial point to take note as it was the aforementioned TIA which was later rechristened as the controversial 1MDB that we have to know today.

Therefore, instead of harping about Jho Low or counting on the Interpol to nab him, wouldn’t it be a good idea to consult Sultan Mirzan about Jho Low?

This is something that no one has attempted to do till today from the time the 1MDB controversy came to light. Why no attempts were made to indulge the expertise of Sultan Mirzan to locate Jho Low remains a mystery till today.

After all, it was the Sultan who appointed Jho Low and as such, I am sure His Majesty would be equally keen to assist the Prime Minister in his attempts to bring this rogue back and most importantly, recover all the monies he allegedly had stolen from us.

I hope the Prime Minister would take note of this and act accordingly.

I trust the wisdom of our Prime Minister a 100%.

DATUK CHANDRAKUMANAN
PAR PRESIDEN
WHEREABOUTS OF 1MDB LINKED CONTROVERSIAL BUSINESSMAN JHO LOW WHEREABOUTS OF 1MDB LINKED CONTROVERSIAL BUSINESSMAN JHO LOW Reviewed by Admin on May 16, 2018 Rating: 5

Ratusan Kontrak Penjawat Awam Di Seluruh Negara Ditamatkan Serta-Merta? Ini Yang Kita Tahu Setakat Ini

May 15, 2018

Sejak semalam kecoh di laman sosial dakwaan seramai hampir 500 penjawat awam berstatus kontrak di beberapa jabatan kerajaan di seluruh negara telah ditamatkan perkhidmatan serta-merta, lima hari selepas Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan Persekutuan.

Pada Oktober 2017, media melaporkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebagai berkata, PH akan menyusun semula perkhidmatan awam sekiranya mereka berjaya mengambil alih Putrajaya, selain mengurangkan jumlah penjawat awam, sama ada melalui lantikan politik atau dalam perkhidmatan, bagi menteri dan timbalan menteri.

Mesej yang tular mendakwa kebanyakkan penjawat awam di Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah ditamatkan kontrak mereka semalam, dan diarahkan keluar dari kuarters penjawat awam di Putrajaya.

Malaysian Digest menghubungi jabatan itu bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut, namun jurucakapnya memaklumkan bahawa isu itu akan dijawab oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), hari ini.

Tahniah penjawat awam yang undi PH , anda telah bantu kurangkan pembaziran Wang rakyat dengan lambakan penjawat awam kontrak di zaman Najib #MalaysiaBaru pic.twitter.com/9zEwqHa9EU

— Akimzone (@AkimZone) May 14, 2018
Selain di Putrajaya, penjawat awam di unit sama di Pejabat Pembangunan Persekutuan di Pulau Pinang juga berdepan nasib sama selepas seorang pengguna Facebook bernama Mohd Amiruddin Che Rahim mendakwa beliau dan rakan-rakannya di jabatan itu telah ditamatkan kontrak, pada Isnin.

Beliau ketika dihubungi Malaysian Digest hari ini mengesahkan mengenai perkara itu, memaklumkan bahawa notis penamatan perkhidmatannya dihantar melalui email.

Namun, Mohd Amiruddin yang mengakui sudah tidak bekerja hari ini enggan mengulas lanjut mengenai tindakan yang bakal diambilnya, dan hanya memberitahu bahawa beliau telah dipanggil untuk berjumpa dengan Ketua Pengarah, dipercayai bagi membincangkan mengenai isu tersebut.

Selain mereka, bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Datuk Lokman Adam turut mengesahkan kontrak perkhidmatanya di kementerian itu telah ditamatkan semalam.

Beliau dalam respons ringkas kepada Malaysian Digest mengakui bahawa perkara tersebut adalah benar.

Sementara dalam kenyataan di laman Instagram, Lokman yang juga anggota Biro Penerangan UMNO meluahkan rasa terkilan dan seolah menyalahkan kerajaan PH, yang kini dipimpin oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan kontrak perkhidmatannya ditamatkan serta-merta.

“Hari ini saya secara rasmi ditamatkan Perkhidmatan Sebagai Pengarah Komunikasi MOF oleh Regim Mahathir DAP.

“Saya ucap jutaan terima kasih kepada semua kakitangan MOF yang melayan saya dengan baik. Moga Allah selamatkan penjawat awam yang lain,” tulisnya, sambil memuat naik gambarnya bersama notis penamatan perkhidmatan.


Difahamkan, mereka yang ditamatkan perkhidmatan kebanyakkannya adalah lantikan politik dan bukannya penjawat awam berstatus tetap.

Memetik Malaysiakini, pemimpin BERSATU, Datuk Dr Rais Hussin berkata mereka yang ditamatkan perkhidmatan tanpa notis boleh membuat rayuan ke Pejabat Perdana Menteri.

“Apa yang perlu mereka lakukan adalah menyuarakan rayuan mereka secara berfakta kepada Pejabat PM dan saya yakin bahawa ia akan dilihat secara positif.

“Ingatlah, (Dr) Mahathir seorang yang berpegang teguh pada kata-katanya, beliau mengatakan apa yang akan dilakukannya dan melakukan apa yang dikatakannya. Harapan mesti bersyukur kepada mereka yang membantu memelihara negara dan melakukan perkara yang betul,” kata Rais, yang merupakan Ketua Dasar dan Strategi BERSATU.

Di laman Twitter, Rais mengatakan tuduhan bahawa kontrak penjawat awam ditamatkan di bawah kerajaan baharu adalah tidak benar, sebaliknya beliau menjelaskan kontrak mereka sudah ditamatkan sejak pentadbiran sebelum ini.

“Kerajaan semasa baharu sahaja dua hari bekerja. Malah, pelantikan Kabinet masih belum lengkap. Jadi tolong tiada berita palsu,” tulisnya, malam tadi.

Terdahulu, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata PH akan memecat semua pegawai tinggi kerajaan jika menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Kalau kami berjaya menubuhkan kerajaan dengan mandat (yang diberikan) tuan-tuan dan puan-puan, saya boleh memasukkan janji dalam 30 hari, kami akan pecat semua pegawai tinggi kerajaan,” katanya memetik media.

Semalam Dr Mahathir, yang dilantik sebagai Perdana Menteri ke-7 telah mengadakan mesyuarat bersama KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa dan semua Ketua Setiausaha (KSU) kementerian bagi membincangkan beberapa manifesto kerajaan baharu yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari.

Hasil perbincangan tersebut antaranya menyaksikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah telah dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkuatkuasa serta-merta, dan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali diarahkan bercuti.

Bagaimanapun, media melaporkan Dr Mahathir mengesahkan penjawat awam tidak akan dikurangkan walaupun berlaku penstrukturan semula kementerian seiring dengan pertukaran kerajaan.

Menurut Dr Mahathir, mereka akan dipindahkan mengikut kesesuaian agensi termasuk ke sektor swasta.

“Kita tidak akan gugurkan mereka (penjawat awam) selepas mereka bekerja sekian lama dengan kerajaan, kita akan cari kaedah untuk tempatkan mereka ini di jabatan lain dan juga agensi lain.

“Penjawat awam yang terbabit dengan penstrukturan semula akan dipindahkan ke jabatan dan agensi tertentu mengikut kesesuaian bagi mengelak mereka hilang pekerjaan,” katanya. - MalaysianDigest
Ratusan Kontrak Penjawat Awam Di Seluruh Negara Ditamatkan Serta-Merta? Ini Yang Kita Tahu Setakat Ini Ratusan Kontrak Penjawat Awam Di Seluruh Negara Ditamatkan Serta-Merta? Ini Yang Kita Tahu Setakat Ini Reviewed by Unknown on May 15, 2018 Rating: 5

Adakah Anwar dan Mahathir akan tidak sehaluan sekali lagi?

May 15, 2018

Tulisan asal oleh:
Narinder Singh, Berita Daily, Malaysia Today, 14 Mei 2018

Pemimpin de facto PKR, Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari penjara tidak lama lagi, memandangkan Lembaga Pengampunan akan membincangkan pada hari Rabu permohonan untuk memberi pengampunan penuh kepada mantan timbalan perdana menteri itu, membuka jalan bagi beliau untuk aktif berpolitik sekali lagi.

Pernah tidak sehaluan dengan Perdana Menteri semasa Dr Mahathir Mohamad pada masa lalu, kedua-dua mereka telah melupakan perbezaan mereka untuk bersama-sama menggulingkan kerajaan Najib Razak pada pilihan raya umum ke-14.

Sekarang memandangkan Anwar akan dibebaskan, semua mata fokus kepada pasukan Anwar-Mahathir untuk membawa pembaharuan yang dijanjikan kepada rakyat Malaysia dalam pelbagai bidang.

Tetapi dengan kurang daripada satu minggu selepas PRU14, Mahathir nampaknya telah menyesuaikan diri dengan pantas. Persidangan akhbarnya yang dihadiri pengikutnya yang ramai dalam beberapa jam selepas merangkul kemenangan Pakatan dengan cepat berkurangan kepada beliau seorang sahaja tidak lama selepas itu.

Timbalannya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang merupakan isteri Anwar, dengan jelas tidak ada bersama-sama semasa pengumuman penting yang dibuat oleh Mahathir.

Ketiga-tiga menteri yang dinamakan, Lim Guan Eng (Menteri Kewangan), Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri) dan Mohamad Sabu (Menteri Pertahanan) tertakluk kepada pengesahan kerana mereka belum mengangkat sumpah.

Terlalu banyak pengumuman sepihak yang dibuat oleh pemimpin parti yang berbeza dalam beberapa hari yang lalu dan itu telah menyebabkan rakyat biasa tidak senang duduk.

Walaupun Mahathir terus mendesak bahawa semua empat komponen dalam Pakatan, iaitu PKR, Amanah, DAP dan PPBM dirujuk untuk membuat keputusan pada peringkat kementerian, keadaan nampaknya tidak seperti itu pada masa ini.

Malah, Mahathir juga mengulangi bahawa memandangkan Guan Eng belum secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan, segala mengenai kewangan akan diuruskan olehnya (Mahathir).

Adakah inilah permulaan kepada rejim kuku besi lama Mahathir? Adakah beliau benar-benar telah berubah dan menyesal dan berjanji untuk membetulkan semua kesalahan kerajaan terdahulu di bawah pemerintahan BN?

Contoh lain ialah memansuhkan Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018, yang dijanjikan Pakatan sebelum PRU14. Tetapi sekarang Mahathir berkata beliau hanya mahu mengkaji semula akta itu - petunjuk bahawa undang-undang itu mungkin tidak dimansuhkan seperti yang dijanjikan oleh pemimpin Pakatan.

Mahathir selama ini sememangnya bersifat 'diktator' dalam memerintah negara itu selama 22 tahun sebelum beliau bersara pada 2003. Bolehkah orang ini berubah?

Kembali kepada kemunculan Anwar dalam situasi ini. Beliau juga satu kuasa yang kuat.

Anwar telah kekal teguh dalam memerangi Mahathir semasa ‘reformasi' dan hanya baru-baru ini sahaja beliau bergabung dengan Mahathir kerana mereka mempunyai musuh yang sama iaitu Najib dan BN/Umno.

Kemenangan yang ditunggangi oleh Mahathir sebagai PM hari ini semata-mata disebabkan oleh persediaan oleh PKR dan sekutunya dalam DAP dan Amanah.

Soalannya - adakah Anwar masih lagi hanya memainkan peranan sokongan kepada Mahathir selepas pembebasannya - memandangkan beliau mungkin akan dengan segera bertukar menjadi ahli parlimen dalam pilihan raya kecil setelah mendapat pengampunan penuh?

Semuanya berjalan agak lancar untuk Mahathir - daripada keluar Umno, menubuhkan PPBM, mengambil alih kepimpinan Pakatan, berbaik dengan Anwar dan seterusnya memenangi PRU14 dan menjadi perdana menteri ke-7.

Tetapi cabaran sebenar baru bermula untuk Anwar dan pasukannya; dan itu adalah mengambil tempat Mahathir, yang mana mereka berikan dengan mudah.

Dengan banyak peristiwa yang berlaku dalam masa seminggu ini, keadaan mungkin tidak begitu baik untuk Anwar ketika beliau berdepan dengan Mahathir sekali lagi sebagai PM.

Personaliti dan aspirasi yang berbeza boleh menyebabkan perebutan kuasa antara kedua-dua itu - kemungkinan yang tidak dapat ditolak.

Pakatan mungkin berada dalam keadaan yang tidak kukuh. Adakah ia akan runtuh?

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/2018/05/14/will-anwar-and-mahathir-clash-again/
Adakah Anwar dan Mahathir akan tidak sehaluan sekali lagi? Adakah Anwar dan Mahathir akan tidak sehaluan sekali lagi? Reviewed by Admin on May 15, 2018 Rating: 5

Penghormatan Kepada Perdana Menteri Keenam

May 15, 2018

Tulisan asal oleh:
The Star Online, 15Mei 2018

Saya terpaksa menulis surat terbuka ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan merakamkan penghargaan saya untuk tempoh sembilan tahun beliau menjadi perdana menteri negara dan 40 tahun perkhidmatan kepada negara.

Saya berusia 23 tahun dan seorang penyokong kuat Pakatan Harapan. Saya masih dalam keadaan gembira yang teramat selepas kemenangan Pakatan tetapi saya menganggap Najib sebagai PM Malaysia yang baik dan berkesan. Semasa beliau adalah ketua kerajaan, saya tidak pernah merasakan sedikit pun kebencian terhadapnya.

Saya menyertai Parti Keadilan Rakyat beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 kerana saya berminat dalam agenda pembaharuan parti itu dan percaya bahawa ia adalah parti masa depan dan mempunyai ramai ahli politik muda yang berbakat, bertenaga dan berpengaruh. Tetapi menjadi sebahagian daripada pembangkang tidak bermaksud menjadi tidak munasabah dan tidak adil terhadap sesiapa yang mentadbir kerajaan.

Saya pernah (dan masih) merupakan penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong gerakan "Reformasi" tetapi saya tidak pernah tidak menyukai Najib terutamanya kerana saya menganggapnya seorang ‘gentleman’ dan individu yang ikhlas. Tidak syak lagi bahawa kerjaya politiknya tidak pernah berlandaskan kepentingan peribadi tetapi rasa tanggungjawab untuk menjadikan negara ini lebih baik, seperti yang diharapkan oleh ayahnya. Najib komited untuk membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi sejak hari pertama pentadbirannya. Ini dapat dilihat bagaimana beliau dapat memimpin negara semasa kemelesetan ekonomi global 2008-09. Untuk menyelamatkan negara daripada jatuh ke dalam kemelesetan, beliau memperkenalkan pakej rangsangan berjumlah berbilion ringgit, meningkatkan perbelanjaan dalam ekonomi dan meningkatkan pekerjaan.

Semasa pentadbirannya, Malaysia beralih dari dasar ekonomi yang tidak mampan kepada yang boleh dilaksanakan dan pragmatik. Pada masa pentadbiran beliaulah subsidi telah dikurangkan dan sistem cukai baru dilaksanakan.

Secara umum, subsidi adalah baik tetapi bergantung kepada subsidi untuk tempoh masa yang lama akan memberi beban kepada kewangan negara dan tabung kerajaan. Walaupun menghapuskan subsidi mengakibatkan kenaikan harga barangan, ia sememangnya membantu menurunkan tahap defisit dan hutang. Pemotongan subsidi juga memberi ruang kepada kerajaan untuk membelanjakan lebih banyak dalam pembangunan fizikal dan infrastruktur awam. Sekiranya rakyat Malaysia meneliti konsep Kecekapan Pareto, mereka akan faham mengapa Najib perlu membuat perancangan fiskal yang tidak popular ini.

Sebahagian daripada sebab mengapa saya boleh mengatakan Najib adalah PM yang baik ialah beliau berjaya mempelbagaikan ekonomi kita. Pada tahun 2009, kebergantungan negara kita terhadap sektor minyak dan gas berada pada 41%. Tujuh tahun kemudian, ia telah dikurangkan kepada 16%. Itu sangat mengagumkan.

Menariknya, salah satu pencapaian terbesar Najib sebagai PM adalah untuk membuat pengangkutan awam, terutama pengangkutan kereta api, yang meluas dan mudah diakses. Dalam masa enam tahun sahaja, beliau mengubah sistem pengangkutan awam dengan menyiapkan laluan MRT SBK dan sambungan LRT Gombak-Kelana Jaya dan Laluan Ampang serta pembinaan LRT3 dan MRT SSP. Projek sambungan LRT menyelamatkan saya daripada tersekat dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Damansara-Puchong untuk sampai ke stesen LRT. Sebelum itu ia memakan masa kira-kira 30 minit. Kini, saya hanya mengambil masa lima minit untuk sampai ke stesen Lembah Subang (dan Ara Damansara) yang baru.

Akhir sekali, saya mesti memuji pentadbirannya kerana melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan, yang amat diperlukan ketika negara kita mengalami kejatuhan harga minyak dunia. Kerugian pendapatan ini diimbangi oleh kutipan dari GST yang berjumlah lebih kurang RM40 bilion. GST juga penting untuk mengekalkan defisit fiskal kita pada tahap yang dikehendaki supaya penarafan kredit negara dapat dikekalkan.

Tanpa hasil dari GST, defisit fiskal akan melonjak naik, dan dengan itu menurunkan penarafan kredit Malaysia yang seterusnya akan menjadikan negara kita lebih sukar untuk meminjam untuk mengembangkan ekonomi dan membelanjakan pada projek-projek infrastruktur. Mempunyai penarafan kredit yang menurun akan menyebabkan pelabur lari dari negara kita.

Saya berterima kasih kerana Najib telah memegang jawatan PM selama sembilan tahun yang lalu. Saya menganggapnya sebagai perdana menteri yang berkesan walaupun beliau tidak popular. Tetapi beliau seorang yang pragmatik, berani dan tegas dalam memimpin negara ini mengharungi masa ketidakpastian dan ketidakstabilan politik.

Saya mengharapkan yang terbaik untuknya pada masa akan datang dan semoga Tuhan memberinya kesihatan yang baik.

ADDIN AIMAN

Petaling Jaya

Link asal artikel:
https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2018/05/15/tribute-to-the-sixth-prime-minister/
Penghormatan Kepada Perdana Menteri Keenam Penghormatan Kepada Perdana Menteri Keenam Reviewed by Admin on May 15, 2018 Rating: 5
ads 728x90 B
Powered by Blogger.