Seo Services

Pesanan Terakhir Arwah Tok Nan Sudah Tertunai..



BAGAIKAN mahu "memaklum"kan kepada mantan Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem yang "pesanan terakhirnya" sudah tertunai, balunya, yang juga ADUN Tanjung Datu Datin Patinggi Datuk Amar Puan Sri Jamilah Haji Anu serta ADUN-ADUN GPS termasuk Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah menziarahi pusaranya di Tanah Perkuburan Islam Samariang pada sebelah petang tadi.

Datuk Patinggi Jamilah bersama pemimpin-pemimpin GPS menyiramkan air bunga mawar di pusara Tok Nan sebelum mereka membaca Al-Fatihah (dengan yang bukan Islam bertafakur selama seminit).

Ketika berbahas mengenai Pindaan Kanun Tanah Sarawak 2018 di DUN Sarawak semalam, Datuk Patinggi Jamilah menyatakan, pesanan terakhir Arwah Tok Nan sebelum beliau menghembus nafas terakhirnya adalah agar menyelesaikan masalah Tanah Adat Pemakai Menoa Pulau Galau.

Pindaan Kanun Tanah 2018 yang telah dibentangkan oleh Datuk Amar Douglas semalam telah dibahas oleh beberapa orang ADUN dari GPS dan PH.

Alhamdullillah, DUN Sarawak pada tengahari tadi telah meluluskan Rang Undang-undang Kanun Tanah (Pindaan) 2018 dengan undi suara majoriti selepas bacaan kali ketiga.

Speaker, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, mengumumkan rang undang-undang itu diluluskan selepas 35 anggota dewan berucap membahaskannya.

Betul kata pujangga.. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.. begitulah juga nama serta aura Arwah Tok Nan yang sehingga kini masih bisa menyentuh perasaan rakyat jelata.

Biarpun dua tahun sahaja Arwah menjadi Ketua Menteri, beliau berjaya menambat hati majoriti rakyat Sarawak dengan sikap "humble"nya, rasa sayang dan keperihatinannya kepada rakyat Sarawak dan juga ketegasannya.

Jasa dan budi Tok Nan kepada Sarawak tiada terhingga.. Terimakasih Tok Nan.. Al-Fatihah..

*Saya sempat berbual dengan Datuk Patinggi Jamilah si DUN Sarawak pada petang tadi.. walaupun beliau nampak penat namun

jelas kelihatan kepuasan dan kegembiraan di wajahnya kerana pesanan Arwah Tok Nan telah tertunai.. sempat beliau mengulangi pesanan azimat Arwah Tok Nan.. "Jaga Sarawak tok bait-bait Pyan".. saya hanya menggangguk kepala dan dalam hati saya berkata, insyaAllah Datuk, selagi nyawa ada dibadan, saya akan pertahankan Sarawak dengan sedaya upaya saya..

Tulisan Asal: Salfian Nawawi
Pesanan Terakhir Arwah Tok Nan Sudah Tertunai.. Pesanan Terakhir Arwah Tok Nan Sudah Tertunai.. Reviewed by Admin on July 12, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.