Seo Services

Kilang pembinaan bata bakal dibina terlalu berdekatan dengan Kampung Goebilt?




KES pencemaran sisa bahan kimia yang dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor yang setakat ini telah menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam sepatutnya di ambil iktibar oleh semua pihak, termasuk Kerajaan Sarawak yakni, keselamatan rakyat sepatutnya di beri keutamaan dan tidak boleh dikompromikan.

Terkini, saya difahamkan sebuah kilang pembinaan bata akan didirikan berdekatan dengan Kampung Goebilt, Demak Laut.

Menurut maklumat yang saya perolehi tanah tersebut adalah milik Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan ianya sudah disewa dengan sebuah syarikat pembinaan bata.

Saya difahamkan juga sudah terdapat aktiviti kerja pembinaan bangunan di tanah yang berlokasi hanya beberapa ratus meter rumah penduduk di sana.

Beberapa orang penduduk Kampung Goebilt telah menghubungi saya menyuarakan kebimbangan mereka di atas perkembangan ini.

Kata mereka, bukannya mereka menentang pembangunan namun aspek keselamatan penduduk harus diambilkira oleh kerajaan.

Difahamkan juga mereka sedang berusaha mengumpul tandatangan penduduk membantah pembinaan kilang bata ini untuk diserahkan kepada kerajaan.

Kerajaan Sarawak harus peka dengan perkembangan ini dan menghentikan kerja-kerja pembinaan kilang ini sehingga satu penyelesaian dicapai.

Kita ambil contoh mudah di mana pada tahun 2009, penduduk sekitar perumahan Taman Tas Ria 2, Pahang menghadapi senario yng sama apabila sebuah kilang bata yang dikenali sebagai Bee Leong Brickwork Sdn Bhd dibina bersebelahan dengan taman itu.

Ianya telah menyebabkan pencemaran alam sekitar yang amat teruk dimana ia melepaskan asap hitam hasil pembakaran untukoperasi penghasilan batu-bata.

Pencemaran seperti habuk dan asap itu telah menyebabkan para penduduk mengalami masalah kesihatan yang amat merungsingkan.

Tambah memeritkan lagi, rumah yang berdekatan dengan kilang itu senantiasa diselubungi habuk dan asap tebal yang banyak setiap hari kilang itu beroperasi.

Ini menyebabkan para penduduk terutamanya kanak-kanak mengalami masalah kesihatan yang amat ketara seperti batuk-batuk dan gatal-gatal yang berlarutan sejak sekian lama.

Sumber : http://pahangdaily.blogspot.com/2009/06/edisi-pahang-pencemaran-asap-dan-habuk.html?m=1

Jangan biarkan perkara yang sama menimpa penduduk Kampung Goebilt.. Adios.. 😎

*gambar hiasan

Sumber: UnReportedNews™® #iamSarawakian #IbuPertiwiku
Kilang pembinaan bata bakal dibina terlalu berdekatan dengan Kampung Goebilt? Kilang pembinaan bata bakal dibina terlalu berdekatan dengan Kampung Goebilt? Reviewed by Admin on March 15, 2019 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.