Seo Services

‘Kami rindu Sharlinie’

Mohd Nashar dan Suraya, menatap gambar sharlinie sebagai pengubat rindu mereka.
 
Gambar wajah anak itu ditatapnya puas-puas, meskipun sudah acap kali ditatapnya. Perasaan rindu tidak pernah padam, sebaliknya semakin ditatap semakin hatinya meruntun.

Hakikatnya, walaupun enam tahun sudah berlalu, Mohd Nashar Mat Hussin, 38, masih merindui anaknya, Sharlinie yang hilang tanpa sebarang kesan. Waktu itu Sharlinie berusia lima tahun dan pelbagai usaha sudah dilakukan untuk menjejaki kehilangannya tetapi hingga kini belum mendatangkan hasil.      
 
Pasrah dengan ujian kehidupan yang harus dihadapinya, namun dalam hati kecil Mohd Nashar masih terus mengharap kepulangan permata hatinya.

Jika ditakdirkan, Sharlinie masih hidup dan kembali ke pangkuan keluarga, anak itu sudah pun meniti usia remaja 11 tahun.

Tidak pernah lupa

“Ingatan kami kepadanya tetap kuat. Orang mungkin sudah lupa tetapi setiap kali Ramadan tiba, air mata saya pasti berguguran,” katanya dalam nada suara getar.

Sedih dan reda dengan apa yang berlaku, Mohd Nashar masih mencari jawapan kepada misteri kehilangan anak tersayangnya pada 9 Januari 2008. Baginya, tarikh itu tidak mungkin akan dilupakan sampai bila-bila, selagi hayat dikandung badan.-BH
‘Kami rindu Sharlinie’ ‘Kami rindu Sharlinie’ Reviewed by uMieySurianie on July 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.