Seo Services

NAK GPS Berdiam Diri Bila Hak Sarawak Mulai Dihakis Semula..?


Oleh: Salfian Nawawi

SEKARANG Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah pembangkang, jadi, diamlah jangan melalak, semua Kerajaan Pakatan Harapan (PH) buat salah walhal anda sudah diberi lebih 50 tahun bersama Barisan Nasional (BN) untuk berbuat demikian tetapi gagal..

Ini hujah dan dakyah yang sering digunakan oleh cai PH Sarawak apabila wakil rakyat Sarawak memberi kenyataan balas mempertahankan hak Sarawak dan dasar-dasar kerajaan persekutuan PH yang berkaitan dengan Sarawak..

Saya tak nak huraikan lebih lanjut akan dakwaan "lebih 50 tahun bersama BN tapi gagal" kerana umum tahu siapa yang menjadi Perdana Menteri (PM) selama 22 tahun dari tempoh yang disebutkan iaitu tak lain dan tak bukan, PM sekarang.

Mengapa dulu wakil rakyat GPS tidak "berbunyi"? Pernahkan projek-projek pembangunan asas untuk rakyat Sarawak ditangguh atau dibatalkan sebelum ini?

Pada masa BN memerintah dulu, banyak peruntukan yang disalurkan kepada Sarawak namun pembangkang PH Sarawak (terutamanya kini yang memegang jawatan Menteri dan Timbalan Menteri) masih "bising" mengatakan peruntukan diberi tidak mencukupi.

Pernahkan sewaktu BN memerintah, peruntukan bantuan untuk rakyat hinggakan peruntukan selenggara jalanraya dihentikan sebelum ini?

Kerajaan PH seolah tidak mengambilkira sepatutnya yang bertanggungjawab menyediakan peruntukan tersebut adalah dari Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub didalam Perlembagaan Malaysia dan MA63.

Dan yang lebih sadisnya, individu yang memberi cadangan agar Kerajaan Sarawak mengunakan dana sendiri bagi sesetengah peruntukan yang telah dihentikan adalah mereka yang "bising" tentang peruntukan tidak pernah cukup semasa BN memerintah dahulu!

Jadi, bagaimana wakil rakyat GPS nak berdiam diri apabila hak Sarawak dan rakyatnya dihakis secara halus?

Kepada yang mempersoalkan mengapa kononnya GPS tidak berjuang mengenai Hak Sarawak semasa dalam BN dahulu, buta dan pekaklah kamu kerana Arwah Tok Nanlah yang telah berjuang hingga ke hujung hayatnya mengenai MA63.

Banyak persetujuan telah dicapai antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan BN, malah PM DS Najib (pada ketika itu) telah "bersetuju akan mengembalikan hak Sarawak sepertimana dalam MA63 yang telah terhakis".

Segala, ini berjalan dengan lancar namun kekalahan BN pada peringkat persekutuan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 telah membantutkan kesinambungan proses penyerahan kembali kuasa tersebut.

Sarawakian mempunyai fikiran yang matang dapat membezakan siapa yang mempertahankan hak dan rakyat Sarawak sebenarnya.. Buka mata, buka minda, nescaya kebenaran akan terlihat..😎

*SALAM dan selamat beristirehat dihujung minggu.. 😎

NAK GPS Berdiam Diri Bila Hak Sarawak Mulai Dihakis Semula..? NAK GPS Berdiam Diri Bila Hak Sarawak Mulai Dihakis Semula..? Reviewed by Admin on January 05, 2019 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.