Seo Services

Kesan Melanggar Pantang Makan Ikan Patin

Rentetan daripada kisah kenapa Melanau tidak makan ikan patin yang telah di keluarkan di www.sarawakiana.net semalam, kali ini sambungan kisah yang menceritakan kesan daripada makan ikan patin apabila melanggar pantang larang mengikut cerita mereka yang telah ditemui. Apa yang diperkatakan kesan melanggar pantang telah mereka lihat dengan mata sendiri.

Memang benar mengikut cerita mereka, Melanau dari Oya sehingga ke Matu majoriti tidak memamakan ikan patin. Kawasan Melanau Rejan, Jerijeh, Belawai dan Tanjung Manis terdapat ada yang berpantang makan ikan patin. Ada juga mengaku bahawa masyarakat Melayu di Kuching dan Samarahan turut menjelaskan bahawa Melayu di kawasan berkenaan tidak makan patin kerana ada darah Melanau dalam tubuh badan di mana nenek moyang mereka memang orang Melanau dari Matu dan Pulau Bruit yang telah terasimilasi dalam suasana kahwin campur.

Berbalik kepada kesan yang makan ikan patin ialah akan menjadi tidak waras, kecacatan pada bentuk tubuh, berkudis, berdarah hidung dan ada yang menceritakan akan menghidapi penyakit misteri sehingga membawa ajal.

Mengikut kepercayaan, pantang larang ini mesti diamalkan kerana ia adalah sumpah masyarakat kepada ikan patin yang telah menyelamat nyawa mereka yang terdahulu daripada mangsa pembunuhan lanun-lanun. Pantang larang ini bukan cerita rekaan kerana mereka pernah melihat kesanya pada masa kini bila orang yang pantang makan ikan patin cuba melanggar pantang.

Paling tidak pun kesannya boleh dilihat pada bentuk badan seperti mulut akan serong, pergelangan tangan akan kaku, kaki menjadi cacat sehingga berubah cara melangkah dan sebagainya. Ada yang akan mengalami penyakit kulit yang tidak dapat diubati dan ada yang berdarah hidung dalam jangka masa lama.

Namun ada yang mengatakan pantang larang tersebut dapat diubati jika kulit ikan berkenaan masih ada yang tertinggal. Caranya dengan membakat kulit ikan patin sehingga menjad abu dan disapu ke badan yang dipenuhi kudis. Itu bagi yang kesannya sekadar kulit, tetapi kesan kepada bahagian lain tidak pula diceritakan cara merawatnya.-Sarawakiana
Kesan Melanggar Pantang Makan Ikan Patin Kesan Melanggar Pantang Makan Ikan Patin Reviewed by Unknown on December 08, 2016 Rating: 5

1 comment:

  1. dakel bak kebudei lo ih.. kuneng lu g agei jawai kelo bunyak kunyit. hahahaha

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.