Family Cafe Riveria lokasi sarapan kopi 'O' panas kurang manis pada pagi ini. Di sini akan menjumpai anak muda dan dewasa bekerja sebagai pekerja binaan berkumpul. Kebanyakkan mereka ini datang dari kawasan Ladong, Tebelu dan Sadong Jaya.
Menarik perbualan mereka pagi ini berkenaan Jambatan Batang Sadong yang telah siap sepenuhnya. Dengan wajah penuh senyuman mereka begitu bersyukur apabila impian telah menjadi kenyataan.
Seperti apa yang mereka perkatakan, sebelum wujudnya jambatan tersebut mereka terpaksa berjauhan daripada keluarga dan hanya berjumpa keluarga bila hujung minggu tiba. Itu pun jika ada masa terluang kerana kerja sebagai pekerja binaan terpaksa ikut arahan syarikat jika kerja perlu disegerakan.
Terpaksa tinggal di tapak projek yang serba kekurangan daripada fasiliti dan tidak selesa. Tetapi kini mereka tidak perlu untuk tinggal di tapak projek lagi disebabkan mereka sudah boleh ulang alik turun kerja. Dalam masa satu jam setengah ke dua jam mereka sudah sampai ke tapak projek dari rumah.
Inilah impak terbaik jika jambatan sudah ada dan mereka tidak perlu jauh dari keluarga lagi. Walaupun mengambil masa dalam perjalanan ulang alik bekerja, namun mereka sudah merasa selesa bila hari-hari mereka akan tidur di rumah sendiri.
Bagi pendapat penulis, usaha kerajaan merealisasikan sebuah jambatan di kawasan Sadong Jaya sedikit sebanyak telah memberi keselesaan dan memudahkan mereka yang bekerja sebagai pekerja binaan bangunan di kawasan Samarahan dan Kuching.-Sarawakiana
Aram Ngupi : Kesan Baik Bila Infrastuktur Mencukupi
Reviewed by Unknown
on
December 08, 2016
Rating:
No comments: