KUALA LUMPUR – Sebuah pasukan khas PDRM ditubuh susulan kes tembak mati Bill Kayong, Setiausaha PKR Cabang Miri di Lutong, Miri, Sarawak pagi semalam.
“Pasukan berkenaan akan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, SAC Dev Kumar M M Sre Shunmugan,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu bakar.
“Bagi membantu pasukan berkenaan, beberapa pegawai JSJ Bukit Aman akan turut dihantar oleh pihak PDRM,”
“Setakat ini, punca kematian masih dalam siasatan dan saya minta orang ramai sipaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta tampil bagi membantu siasatan Polis,” katanya
Kenyataan beliau dipetik pada sidang media selepas majlis menandatangani nota kerjasa PDRM dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Arkib Negara Malaysia dan Institus Integriti Malaysia seta pelancaran buku Kod Etika PDRM, Pelan Integriti PDRM 2016-2020 dan Manual Pematuhan Standard PDRM di Bukit Aman, semalam.
“Kes ini sensitif, jadi biarlah Polis menjalankan siasatan terlebih dahulu untuk mengetahui punca dan menjejak penjenayah iti. Jadi, kami tidak mahu ada individu yang membuat sebarang spekulasi,” katanya lagi
Kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes bunuh manakala motif kejadian masih disiasat.
Sebagai Setiausaha Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS), Kayong banyak memperjuangkan kebajikan dan kepentingan masyarakat Dayak di Sarawak. - Bernama
PDRM Tubuh Pasukan Khas Siasat Kes Tembak Bill Kayong
Reviewed by Azmin
on
June 22, 2016
Rating:
No comments: