Seo Services

BN Negeri Kutuk Pembuhunan Aktivitis


KUCHING: Pemuda BN Negeri mengutuk pembunuhan aktivis Dayak, Bill Kayong yang ditembak oleh individu tidak dikenali di Lutong, Miri , Selasa lepas.

Kayong, 43, sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat semasa beliau dibunuh.

Ketua Pemuda BN Negeri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, tanpa mengira pegangan politik, beliau mengecam tindakan jenayah sebegini sekeras-kerasnya.

“Saya berasa terkejut dan sedih dengan kejadian bunuh yang melibatkan seorang pemimpin PKR di Miri hari ini (Selasa),” katanya.

Beliau turut menyeru agar mana-mana orang awam yang menyaksikan kejadian itu untuk bekerjasama dengan pihak polis dan berharap orang ramai tidak membuat spekulasi.

“Ini demi menjaga perasaan ahli keluarga mangsa dan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak polis.


“Saya mendoakan agar ahli-ahli keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini,” ujarnya. – Sarawakiana.
BN Negeri Kutuk Pembuhunan Aktivitis BN Negeri Kutuk Pembuhunan Aktivitis Reviewed by Unknown on June 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.