Perayaan Gawai merupakan pesta utama bagi suku kaum Iban sebagai upacara keagamaan dan kepercayaan asal untuk menyembah para dewa.
Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti Gawai Dayak (Pesta Kehasilan Menuai), Gawai Burung dengan sembilan peringkat yang berturut-turut untuk menyembah Sengalang Burong dan keluarganya sebagai dewa perang atau pengubatan secara ajaib,
Gawai Kenyalang (untuk menandakan kejayaan seseorang dalam kehidupannya),
Gawai Umai seperti upacara manggul semasa mencari tapak umai,
Gawai Batu untuk mengasah tajam peralatang besi sebelum menebas dan menebang,
Gawai Ngalihka Tanah untuk memajak tanah yang tidak subur lagi,
Gawai Benih untuk menimang benih padi supaya sihat, subur dan berhasil,
Gawai Ngemali Umai untuk mengubati padi huma yang sakit, upacara Matah untuk memulakan penuaian padi, Gawai Bersimpan Padi selepas menuai,
Gawai Pangkong Tiang apabila pindah ke rumah baru,
Gawai Tuah untuk mencari dan memasukan nasib baik ke bilih keluarga,
Gawai Lelabi (Melah Pinang / Majlis Nikah),
Gawai Sakit untuk mengubati pesakit selain begama (bersentuh);
Belian (berubat oleh manang),
Besugi sakit dan berenong sakit,
Gawai Antu untuk menghormati orang yang telah meninggal,
Gawai Bertambah Bulu untuk menjahit sehelai baju kesihatan dan Gawai Nangga Langit untuk memohon pengampunan daripada dewa.
Pada tengah malam 31hb Mei,acara Ngirup Pengayu (Minum Arak) menjadi acara penting pembukaan sambutan hari gawai menyusul kemudian manang akan membuat upacara ritual di lakukan untuk memohon agar sambutan gawai pada tahun berkenaan berjalan dengan lancar serta memohon di limpah lagi rezeki di masa hadapan.
Antaranya sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama mulanya pada 1 May dan hari kedua pada bulan 1 Jun adalah terpenting.
Biasanya, [Tarian Ngajat]] ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini.
Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini. Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya tuak tidak dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras ini boleh didapati di rumah panjang.
Beberapa Perayaan Gawai Dalam Masyarakat Iban
Reviewed by Admin
on
May 31, 2014
Rating:
No comments: