foto: Sinar Harian |
ANKARA - TURKI. Polis Turki telah memberkas 13 individu termasuk tiga warga asing yang dipercayai ada kaitan dengan tiga insiden pengeboman di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya 42 maut.
Pihak berkuasa, semalam mengesahkan penahanan itu dibuat dalam serbuan ke atas 16 lokasi di sekitar Istanbul.
Dalam perkembangan berkaitan, kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul telah mendedahkan imej jelas penyerang dalam insiden tembakan rambang di premis tersebut.
Lelaki berpakaian kot musim sejuk berwarna hitam itu dilihat memasuki terminal sambil membawa selaras senapang, manakala seorang lagi memakai ves dan seluar jeans melalui pintu masuk lapangan terbang tersebut sebelum insiden pengeboman berani mati terbabit.
Susulan itu, kumpulan penyiasat kini sedang berusaha untuk mengenal pasti suspek terbabit dan mengenal pasti motif serangan berdarah tersebut yang turut mengakibatkan 230 lain cedera.
Ketika kejadian, ketiga-tiga lelaki itu didakwa melepaskan tembakan rambang untuk mencetuskan panik sebelum meletupkan diri masing-masing. - Reuters
Polis Turki tahan 13 individu
Reviewed by Admin
on
July 01, 2016
Rating:
No comments: