PUTRAJAYA - Pengarah dan penerbit, Sheila Rusly meluahkan rasa kecewa terhadap pengurusan pelakon, Syafiq Kyle yang didakwa menjadi punca pembikinan telefilem Dekatkan Jarak Kita sempena Aidilfitri terpaksa dibatalkan.
Insiden itu dikatakan berpunca daripada Syafiq kerana dia tidak dapat memberi komitmen bagi menjalani penggambaran berikutan terikat dengan jadual kerja yang padat.
Lebih mengecewakan Sheila, 47, pihak produksi, JS Pictures Sdn. Bhd. telah memaklumkan mengenai penggambaran drama tersebut lebih awal kepada Syafiq bagi memastikan segalanya berjalan lancar.
"Saya tiada niat untuk mengaibkan apatah lagi memalukan sesiapa. Tetapi, terus terang saya berasa kecewa apabia perancangan untuk melakukan telefilem Dekatkan Jarak Kita edisi Hari Raya Aidilfitri tidak kesampaian.
"Saya dimaklumkan Syafiq tidak dapat menjayakan penggambaran kerana jadual kerja yang padat sedangkan pihak produksi telah memaklumkan mengenai perkara tersebut sejak tiga bulan lalu.
"Skrip juga telah disiapkan dan hanya menunggu masa untuk menjalani penggambaran sebelum bulan puasa kerana sepanjang Ramadan saya tidak terikat dengan sebarang aktiviti di lokasi," katanya yang ditemui pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam. - Kosmo
Sheila Rusly Kecewa Dengan Pengurusan Syafiq Kyle
Reviewed by uMieySurianie
on
May 14, 2018
Rating:

No comments: