Harga minyak ditentukan esok - PM

Seo Services

LANGKAWI 1 Jan. - Kerajaan akan membuat keputusan mengenai harga petrol dan diesel dalam mesyuarat Kabinet esok, selepas mendapatkan pandangan daripada pembeli dan pengusaha stesen minyak.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sememangnya mahu menurunkan harga petrol dan diesel tetapi pada masa sama perlu mengambil kira golongan pengusaha berkenaan.

“Kita suka nak turun (harga minyak) tapi orang yang jual minyak pun nak kena buat duit sikit, kalau dia tak buat duit, dia tak jual minyak dan kita pun tak dapat minyak. Jadi, kita kena pertimbang antara pembeli dengan penjual.

“(Lagipun) Kita belum buat keputusan (harga), esok hari kita ada mesyuarat Kabinet dan kita akan tentukan harga minyak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan persekolahan kepada seramai 226 orang pelajar sekolah dalam program Back to School di Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan harga runcit minyak tidak akan berubah pada minggu pertama 2019 dengan RON97, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.50, RM2.20 dan RM2.18 seliter. -UTUSAN ONLINE
Harga minyak ditentukan esok - PM Harga minyak ditentukan esok - PM Reviewed by Admin on January 01, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.