Seo Services

Buang pekerja: Bekas ahli lembaga minta Tony Fernandes lebih rasional

Foto MSN

PETALING JAYA: Seorang bekas ahli lembaga pengarah Lembaga Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) meminta Pengerusi Tony Fernandes mengkaji semula rancangan memberhentikan pekerja, mengatakan perubahan boleh dilakukan tanpa mengambil langkah itu.

Ini kerana para pekerja PSM sudah lama berkhidmat dalam bidang sukan, katanya, dan menambah PSM juga mempunyai kelengkapan secukupnya yang boleh dimanfaatkan.

“Tony mengambil PSM sudah lengkap. Fasa 1 pembangunan dan stadium sudah lengkap dengan teknologi terhebat di dunia. Tidak banyak yang perlu beliau lakukan,” kata Datuk Razlan Rafii kepada FMT.

Bekas pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan itu menyarankan Tony memikirkan cara lain untuk membangunkan sukan negara tanpa perlu menamatkan pekerjaan.

Beliau menambah, kebanyakan pekerja PSM adalah lantikan Jabatan Perkhidmatan Awam.

“Saban hari ada sahaja berita pahit untuk pengiat sukan, mereka ditekan dari setiap penjuru,” katanya.

Razlan mengulas kenyataan PSM mengumumkan ia sedang mengkaji aspek operasi, termasuk isu pertindihan tugas dan lebihan kakitangan, melibatkan 67 lantikan kontrak dan 109 jawatan tetap.

PSM memberikan tempoh sehingga 15 Februari ini kepada kakitangan kontrak yang tamat pada 31 Disember untuk mencari pekerjaan lain.

Ia sebahagian usaha untuk mengurangkan perbelanjaan dan kebergantungan kepada bantuan kewangan kerajaan, di samping meningkatkan ketelusan.

Langkah lain yang diambil adalah penilaian semula semua kontrak bekalan barangan dan perkhidmatan, dan penilaian struktur organisasi di peringkat atasan dan pertengahan.

Sementara itu, Razlan berkata PSM mempunyai beribu ekar tanah dan kemudahan lain di sekitar Kuala Lumpur, dan khuatir adalah langkah-langkah Tony itu akan membawa kepada penjualan tanah dan kemudahan berkenaan, selain pemberhentian pekerja, untuk “mendapat untung singkat”. - FMT

Buang pekerja: Bekas ahli lembaga minta Tony Fernandes lebih rasional Buang pekerja: Bekas ahli lembaga minta Tony Fernandes lebih rasional Reviewed by Admin on January 02, 2019 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.