BANDARAYA MEXICO: Datuk bandar sebuah pekan kecil di negeri Oaxaca yang terletak di selatan Mexico ditembak mati tidak sampai 2 jam beliau mengambil alih jawatan itu pada Selasa, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pihak pendakwaan tempatan.
Alejandro Aparicio, Datuk Bandar Tlaxiaco, dan sekurang-kurangnya 5 pegawai lain diserang ketika melawat pekan itu.
Aparicio, ahli parti pemerintah Mexico, Pergerakan Regenerasi Nasional (Morena), meninggal dunia akibat luka yang dialaminya.
Mangsa lain menerima rawatan dan seorang daripada mereka dalam keadaan serius.
“Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap Datuk Bandar Tlaxiaco. Saya meminta satu siasatan menyeluruh dijalankan pendakwa raya dan beliau memaklumkan telah menahan orang yang disyaki melakukan pembunuhan itu,” kata Gabenor Oaxaca, Alejandro Murat menerusi Twitter. - Bernama
Datuk bandar Mexico ditembak mati selepas ambil alih jawatan
Reviewed by Admin
on
January 02, 2019
Rating:

No comments: