Seo Services

KWSP: Tanah di Sungai Buloh dibeli pada nilai pasaran adil


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan pembelian tanah di Sungai Buloh oleh anak syarikat milik penuhnya, Kwasa Land Sdn Bhd pada 2012, dilaksanakan secara profesional.

KWSP dalam kenyataan hari ini berkata, pembelian tanah seluas 944.13 hektar (2,330 ekar) daripada Aset Tanah Nasional Berhad (ATNB), jentera tujuan khas (SPV) milik 100% Kementerian Kewangan, dilaksanakan secara saksama bagi membangunkan Kwasa Damansara.

Kwasa Damansara ialah sebuah bandar merangkumi pusat perumahan dan komersial serta infrastruktur dan kemudahan awam.

KWSP berkata, ia mengikut struktur pelaburan ketat yang memerlukannya menjalankan usaha wajar sebelum membuat transaksi.

“Harga pembelian RM2.28 bilion itu berdasarkan nilai pasaran yang adil, berikutan lokasinya baik antara Kota Damansara dan Sungai Buloh.

“KWSP tidak mengetahui sebarang aturan selepas pembelian itu antara Lembaga Getah Malaysia dan ATNB seperti dibangkitkan Menteri Industri Utama, Teresa Kok,” katanya.

Semalam, Kok berkata ATNB pada Oktober 2010 mengambil alih tanah itu daripada Lembaga Getah Malaysia (MRB) dengan kos RM1.5 bilion, lebih rendah daripada nilai pasaran.

Tanah itu kemudiannya dijual kepada KWSP oleh MRB melibatkan RM2.28 bilion pada 2012. - Bernama
KWSP: Tanah di Sungai Buloh dibeli pada nilai pasaran adil KWSP: Tanah di Sungai Buloh dibeli pada nilai pasaran adil Reviewed by Admin on January 04, 2019 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.