Thailand digesa bantu Rohingya

Seo Services

KUALA LUMPUR: Thailand digesa supaya berhenti menghalau pendatang ke laut di tengah-tengah kebimbangan kebanjiran etnik Rohingya dari Myanmar yang mungkin mencetuskan gelombang baharu orang hanyut.

Pertempuran di negeri utara Rakhine, Myanmar memaksa kira-kira setengah juta etnik itu lari mendapatkan perlindungan ke Bangladesh sejak Ogos lalu, mencetuskan kebimbangan mereka mungkin menjadi sasaran penyeludup manusia.

Muslim Rohingya, yang dinafikan kerakyatan di Myanmar, melarikan diri akibat keganasan selama berdekad.

Negara jiran Thailand adalah laluan transit popular melalui bot dan darat sehingga satu tindakan keras polis pada 2015 menjurus sebuah kapal dipenuhi pendatang dihanyutkan ke laut.

"Thailand digesa menunjukkan contoh kepada kalangan negara serantau dengan mengguna pakai dasar pelarian lebih berperikemanusiaan.

"Berbanding secara kejam menolak pendatang yang melarikan diri daripada kekejaman, kerajaan Thailand seharusnya memastikan laluan selamat bagi mereka yang mencari perlindungan antarabangsa di negara itu," kata Pengarah Isu Global Amnesty International, Audrey Gaughran ketika mengeluarkan laporan menuduh junta gagal melindungi pelarian.

Juru kempen berkata, Rohingya kemungkinan mula melakukan perjalanan selepas monsun akhir November ini apabila keadaan laut lebih tenang.

Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha berkata bulan lalu, kerajaannya 'bersiap sedia menerima' penduduk yang lari dari Myanmar dan menghantar mereka pulang 'bila mereka bersedia.'

Namun Pusat Arahan Operasi Keselamatan Dalaman (ISOC), unit tentera berurusan dengan keselamatan negara, baru-baru ini memberitahu media tempatan, ia akan terus menghalang pelarian daripada memasuki Thailand. ISOC tidak membalas pertanyaan untuk mengulas.

Dalam satu surat terbuka minggu ini, kumpulan kempen Fortify Rights menggesa Thailand menamatkan dasar 'menolak pelarian'.

Pengarah eksekutifnya, Amy Smith berkata, pemimpin Thailand seharusnya melakukan apa yang terdaya untuk menghalang keganasan di Myanmar dan bersedia memberi perlindungan kepada pelarian. - Reuters

Thailand digesa bantu Rohingya Thailand digesa bantu Rohingya Reviewed by Unknown on September 28, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.