Air Longkang Warna Biru

Seo Services

Misteri air longkang dan sungai di Kawasan Perindustrian Kecil Taman Tuanku Jaafar, Seremban, bertukar menjadi biru yang tular di Facebook (FB) terjawab hasil pemeriksaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan, semalam.

Pengarahnya, Norhazni Mat Sari berkata, ia berpunca daripada aktiviti mencuci bahan plastik dicemari dengan pewarna dari sebuah kilang berhampiran.

Menurutnya, JAS menerima aduan kira-kira 12 tengah hari sebelum ke lokasi menjalankan pemeriksaan.

“Kita menyusuri Sungai Simin dan longkang yang terjejas sejauh lapan kilometer sebelum tiba di kilang berkenaan. Hasil siasatan, air menjadi biru disebabkan pekerja kilang mencuci produk plastik diterima daripada pembekal yang dicemari pewarna.

"Bagaimanapun keasidan air sungai dan longkang terbabit kekal pada tahap neutral tetapi kita sudah mengambil sampel air untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi menentukan kandungan sebenar pewarna itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pihaknya mengarahkan pemilik kilang menghentikan aktiviti itu selain menyedut semula air biru di longkang dan sungai berkenaan.

Beliau berkata, pemeriksaan pihaknya di kawasan sama hari ini, mendapati air sungai dan longkang sudah kembali kepada warna asal.-myMetro
Air Longkang Warna Biru Air Longkang Warna Biru Reviewed by Unknown on January 24, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.