Sarawak Serius Dalam Penyelidikan Dan Inovasi Mencari Tenaga Alternatif

Seo Services

KUCHING: Sarawak kini memberi perhatian serius kepada penyelidikan dan inovasi mencari tenaga alternatif, demikian kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Menurutnya, dunia memfokus kepada bahan api fosil sejak 150 tahun lalu.

"Kini timbul kebimbangan mengenai kesannya terhadap alam sekitar menyebabkan tenaga hijau menjadi pilihan.

"Sarawak melihat sel bahan api hidrogen dan ekonomi hidrogen kerana kita mempunyai banyak sumber air daripada kuasa hidro," katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

Tambah beliau, tenaga hidrogen kini dilihat sangat berpotensi dalam sektor pengangkutan.

"Terdapat skop yang baik untuk membangunkan tenaga hijau di Sarawak kerana penduduk kita cukup kecil untuk mempunyai liputan yang lengkap," jelas beliau. -  Sarawakiana





Sarawak Serius Dalam Penyelidikan Dan Inovasi Mencari Tenaga Alternatif Sarawak Serius Dalam Penyelidikan Dan Inovasi Mencari Tenaga Alternatif Reviewed by Azmin on January 24, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.