Seo Services

2 Lelaki Dibogel, Diarak & Ditampar Kerana Merogol Remaja 17 Tahun


Dua lelaki yang didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun diarak dalam keadaan tanpa seurat benang di jalan raya dengan tangan diikat di belakang serta muka mereka ditampar oleh golongan wanita, lapor Daily Mail.

Timbalan Ketua Polis India John Neihlaia berkata, mangsa pada awalnya bersetuju untuk keluar bersama dengan salah seorang suspek yang baru dikenalinya dari laman sosial. Namun mangsa dirogol oleh kenalannya itu bersama dengan tiga lagi rakan suspek.

Selepas kejadian itu, mangsa dihantar pulang ke rumahnya pada jam 2 pagi dan mangsa membuat laporan polis pada keesokkan harinya.

Sementara itu, saudara kepada mangsa bersama dengan jiran-jiran berjaya menangkap dua suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Polis kini sedang memburu dua lagi suspek yang dianggarkan berusia lingkungan 20-an.

20 Februari lalu, seorang lelaki dan rakan subahatnya yang didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dibelasah orang ramai sehingga mati.

Kedua-dua suspek diheret keluar dari lokap polis sebelum dibelasah beramai-ramai dan mayatnya dibuang di bulatan jalan.-Daily Mail
2 Lelaki Dibogel, Diarak & Ditampar Kerana Merogol Remaja 17 Tahun  2 Lelaki Dibogel, Diarak & Ditampar Kerana Merogol Remaja 17 Tahun Reviewed by Unknown on March 29, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.