Seo Services

Ceraikan isteri kerana beli air tin

Riyadh: Seorang lelaki Arab Saudi menceraikan isterinya kerana membeli air minuman dalam tin. 

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu berulang kali menolak permintaan isterinya untuk membeli minuman itu kerana tidak mahu isterinya meminum minuman berkenaan. 

Namun wanita itu menafikan dakwaan suaminya dengan berkata, suaminya tidak mahu membelikan minuman itu dan banyak barangan lain kerana dia kedekut. 

“Apabila lelaki itu pulang ke rumah dan melihat isterinya membeli minuman berkenaan dia terus menceraikannya,” kata pengarah hal ehwal Islam Universiti King Abdul Aziz, Dr Towfiq Murad. 

Arab Saudi mempunyai kadar perceraian antara yang tertinggi di dunia.- Agensi
Ceraikan isteri kerana beli air tin Ceraikan isteri kerana beli air tin Reviewed by uMieySurianie on June 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.