Seo Services

Sepak mula Piala Dunia Brazil akan dilakukan dengan menggunakan sut robot



BRAZIL - Sebuah 'exoskeleton' atau sut robot akan dipakaikan kepada seorang pesakit lumpuh dan melakukan sepak mula di majlis pembukaan Piala Dunia di Brazil nanti.

"Itu adalah rancangan asal," kata seorang penyelidik dari Duke University.

"Saya tidak boleh memberitahu maklumat khusus mengenainya. Perkara ini sedang dalam perbincangan lagi," tambahnya.

Sut robot berkenaan dibangunkan oleh sekumpulan saintis antarabangsa yang terlibat dengan 'Walk Again Project' dan merupakan kemuncak kepada hasil kerja Dr Miguel Nicolelis, seorang neuroscientist berbangsa Brazil.

"Kami memulakan latihan dalam persekitaran maya menggunakan semua simulator.

"Beberapa hari lalu, empat pesakit telah dipakaikan exoskeleton dan salah seorang daripada mereka menggunakan kawalan otak untuk menendang bola," menurut Dr Miguel.

Seramai lapan pesakit dilatih oleh Dr Miguel di sebuah makmal di Sao Paulo. Media membuat spekulasi bahawa salah seorang daripada mereka akan memulakan sepak mula untuk acara Piala Dunia, tahun ini.

Pada tahun 2003, Dr Miquel telah menunjukkan bahawa monyet mampu mengawal pergerakan menggunakan avatar di alam maya, hanya dengan menggunakan otaknya.
Sepak mula Piala Dunia Brazil akan dilakukan dengan menggunakan sut robot Sepak mula Piala Dunia Brazil akan dilakukan dengan menggunakan sut robot Reviewed by Unknown on June 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.