KUCHING: Operator dan agensi pelancongan digalakkan membawa pelancong sama ada tempatan atau asing melihat ikan lumba-lumba di kawasan Santubong.
Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip berkata ini merupakan satu aktiviti yang menarik dan telah menerima sambutan menggalakkan daripada pelancong.
“Kami (kerajaan) amat menggalakkan operator dan agensi pelancongan membawa pelancong tempatan dan asing untuk menyaksikan ikan lumba-lumba.
“Ikan lumba-lumba yang kita ada adalah di kawasan Santubong yang terdiri daripada ikan lumba-lumba jenis merah jambu Irrawady.
“Waktu terbaik untuk melihat mereka adalah pada pertengahan tahun,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengagihkan bubur lambuk di Medan Niaga Permaidani Kampung Boyan, Gersik, Sourabaya di sini,baru-baru ini.
Selain itu, Talib turut menggalakkan para penuntut di institusi pengajian tinggi yang mengikuti pengajian dalam bidang berkaitan agar melakukan kajian ke atas ikan lumba-lumba tersebut.
“Banyak maklumat boleh diperolehi daripada internet yang dilakukan oleh pelbagai pihak khususnya sektor swasta tetapi Jabatan Hutan Negeri turut mempunyai kemudahan dan program yang berkaitan,” katanya.-Utusan Borneo
Bawa pelancong lihat ikan lumba-lumba di Santubong
Reviewed by uMieySurianie
on
July 21, 2014
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
July 21, 2014
Rating:

No comments: