Seo Services

Wajah Wak Doyok tanpa misai dan jambang


Adakah anda kenal siapa lelaki ini? Siapa yang tidak mengenali figura Wak Doyok, Imej bermisai dan berjambang banyak menghiasi iklan tv dan drama.

Tengku Muhammad Azwan Shah adalah nama sebenar beliau. Anak muda yang berusia 33 tahun berasal dari Klang Selangor ini menjadi sebutan di bibir pencinta fesyen Malaysia malahan tersebar luar ke negara luar.

Sebelum berkecimpung aktif di dalam dunia fesyen, beliau merupakan pelajar dalam bidang Kejuruteraan di Universiti Jerman. Wak doyok diberi sempena nama aktor komedi negara seberang (indo) iaitu Wak Doyok yang popular sekitar tahun 1980 kerana beliau sering berlawak ketika bersama rakan-rakanya.

Tapi pernahkah anda melihat Wok Doyok ketika atau semasa dia tidak mempunyai misai dan jambang ? Wak Doyok tidak segan berkongsi dengan pengikut instagramnya gambar ketika beliau belum memiliki misai dan jambang.

Baru-baru ini beliau telah memuat naik satu gambar yang menunjukkan wajah beliau yang licin tanpa sebarang misai dan janggut. Gambar tersebut mengikut captionnya yang ditulisnya diambil pada tahun 2008.

Dan beliau juga sebelum ini berkongsi gambar perubahan wajah beliau sebelum dan selepas memilik wajah berjambang dan bermisai lentik.

Mungkin masih ramai belum pernah melihat wajah sebenar pereka fesyen terkenal, Wak Doyok dalam keadaan tanpa misai. Tahukah anda, beliau sebenarnya seorang yang amat kacak dan segak bergaya jika mencukur misainya.



Wajah Wak Doyok tanpa misai dan jambang Wajah Wak Doyok tanpa misai dan jambang Reviewed by Unknown on July 04, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.