Seo Services

Hafizh Syahrin Raih Kedudukan Kelapan GP Jepun

foto sumber
KUALA LUMPUR: Walaupun masih belum pulih daripada kecederaan belakang, pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mempamerkan tunggangan cemerlang apabila meraih kedudukan kelapan pada saingan Grand Prix (GP) Jepun di Litar Twin Ring Motegi, hari ini.

Pelumba pasukan Petronas Raceline itu yang bermula dari petak ke-17 menamatkan 23 pusingan perlumbaan melibatkan 30 pelumba itu dengan catatan masa 43 minit 07.728 saat.

Keputusan itu menyaksikan Hafizh Syahrin berjaya menambah lapan mata untuk menjadikan 42 mata keseluruhan dan berada di tangga ke-18 keseluruhan ketika ini.

Pelumba Switzerland, Thomas Luthi daripada pasukan Interwetten Sitag muncul juara selepas mencatat masa 42:50.219s manakala dua pelumba dari Sepanyol iaitu Maverick Vinales daripada pasukan Paginas Ammarilas HP 40 dan Esteve Rabat (Marc VDS Racing Team), masing-masing meraih kedudukan kedua dan ketiga.

Vinales merakam masa 42:51.428s manakala Rabat dengan catatan 42:53.850s.

"Saya begitu gembira sebaik melihat kibaran bendera di garisan penamat. Saya sebenarnya hampir membuat keputusan untuk menarik diri pada pusingan keenam kerana mengalami sakit belakang yang agak teruk sejak dari awal perlumbaan," kata Hafizh Syahrin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pasukannya.

Beliau berkata keputusan untuk meneruskan perlumbaan nyata berbaloi sambil melahirkan rasa gembira kerana berjaya meraih keputusan yang baik.

"Saya tidak mahu menyerah kalah dan terus berjuang terutama selepas pusingan ke-10 kerana dari situ saya mula memintas ramai pelumba dan jentera saya juga berada dalam keadaan sangat baik.

"Saya juga berjaya mencatat masa sepusingan keempat terpantas pada perlumbaan hari ini. Secara keseluruhan, ia merupakan pencapaian yang baik buat saya dan seluruh pasukan," kata Hafizh Syahrin.

Berkongsi nada yang sama adalah pengurus pasukan, Barry Leong yang gembira dengan prestasi cemerlang Hafizh Syahrin dan berharap anak buahnya itu dapat mengekalkan momentum dalam baki tiga pusingan musim ini.- BERNAMA
Hafizh Syahrin Raih Kedudukan Kelapan GP Jepun Hafizh Syahrin Raih Kedudukan Kelapan GP Jepun Reviewed by Unknown on October 12, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.