Yaya Henna, Pelukis Inai Terkenal Di Lundu

Seo Services

LUNDU: Ukiran inai kini menjadi trend hiasan tangan dan kaki khususnya wanita sekaligus mendorong golongan kreatif menjadikannya sebagai perniagaan.

Pelukis inai, Dayang Suraya Abang Keprawi yang berusia 28 tahun tidak terkecuali untuk mencuba nasib dalam perniagaan ukiran inai.

Memulakan perniagaan dua tahun lepas, Suraya menjelaskan permintaan ukiran inai semakin meningkat termasuk di daerah ini.

Bermula sebagai hobi, perniagaan yang diusahakan Suraya semakin mendapat tempat dalam hati pelanggannya terutama di kalangan keluarga dan sahabat.


“Semasa masih bekerja dahulu saya hanya membuat ukiran inai secara sambilan sahaja. Sekarang saya sudah merima tempahan di kalangan pengantin," katanya.

Usahawan muda itu berkata, sekarang tumpuan sepenuhnya diberikan kepada ukiran inai memandangkan permintaan semakin meningkat dan sukar untuk dijalankan secara separuh masa.

"Saya juga menerima tempahan pelanggan dari Sematan," ujarnya.

Paling mengujakan jelasnya adalah pada musim perayaan dan perkahwinan kerana bilangan pelanggan meningkat.



Suraya yang lebih dikenali sebagai Yaya berkata, kadar bayaran yang dikenakan untuk setiap lukisan antara RM5 hingga RM50 untuk sebelah tangan bergantung kepada corak ukiran.

Ukiran inai juga boleh mencecah ratusan ringgit terutama melibatkan corak yang rumit dan sukar.

“Sekiranya ada pelanggan luar kawasan Lundu dan Sematan memerlukan perkhidmatan saya, saya terpaksa mengenakan caj sebanyak RM30 untuk pengangkutan,” ujarnya.

Lebih menarik lagi kata Yaya, pelanggan boleh membawa sendiri corak yang diingini.

Corak inai yang dihasilkan Yaya turut mendapat perhatian Henna Artist dan menjadi contoh untuk perkhidmatan inai mereka.


Bagi pembaca Sarawakiana, Yaya Henna Service beroperasi di gerai Owen Cafe, Open Air Lundu bermula pukul 6 petang hingga 11 malam. Untuk tempahan, boleh hubungi Yaya Keprawi melalui Facebook dan di talian 0146985706.  - Sarawakiana 
Yaya Henna, Pelukis Inai Terkenal Di Lundu Yaya Henna, Pelukis Inai Terkenal Di Lundu Reviewed by uMieySurianie on September 22, 2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.