Seo Services

Kajol di Masjid India pukul 6 petang ini



KUALA LUMPUR - Selepas demam Kareena Kapoor datang ke Malaysia pada awal bulan lalu, peminat filem Hindustan di negara ini berpeluang bertemu dengan seorang lagi bintang Bollywood terkenal Kajol, di Masjid India di sini kira-kira pukul 6 petang ini.

Kehadiran bintang filem kesayangan ramai itu adalah bersempena dengan sesi mempromosikan filem terbaharu lakonannya berjudul VIP2.

Selain Kajol, 43, antara bintang lain yang akan memeriahkan sesi bertemu peminat yang bermula pada pukul 6 petang ini adalah, Dhanush dan Sondarya, anak kepada pelakon terkenal, Rajinikanth.

Kehadiran Kajol ke Malaysia diterbangkan khas oleh Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. selaku syarikat produksi yang mendapat hak menayangkan filem berkenaan di Malaysia.

Terdahulu, filem VIP yang pertama pernah ditayangkan pada tahun 2014.

Lebih menarik, VIP2 yang dijangka menemui penonton di pawagam pada bulan Ogos depan akan diterbitkan dalam tiga bahasa, Tamil, Hindi dan Telegu. - K! ONLINE
Kajol di Masjid India pukul 6 petang ini Kajol di Masjid India pukul 6 petang ini     Reviewed by Unknown on July 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.