Mahkamah Persekutuan di sini semalam memberi kebenaran kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan tiga syarikat balak iaitu Ravencourt Sdn Bhd, Billion Venture Sdn Bhd dan Limba Jaya Timber Sdn Bhd mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Shariff yang mempengerusikan rundingan dengan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Ma’arof, Datuk Zainun Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha, memutuskan bahawa Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan berdasarkan beberapa persoalan.
Persoalan undang-undang itu ialah sama ada penduduk asal Sarawak, yang sudah menetap, boleh meneruskan tuntutan mereka berdasarkan perlanggaran hak perlembagaan mereka ke atas tanah, hartanah atau kehidupan mereka di penempatan sebelumnya yang tidak lagi dimiliki, menurut undang-undang adat, telah dibiarkan.
Jika jawapannya ialah adalah mengiakan, sama ada tindakan undang-undang yang diambil berdasarkan tuntutan itu dapat ditewaskan jika perkara sama diambil di luar tempoh pembatasan seperti yang termaktub dalam Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 atau Ordinan Pembatasan Sarawak atau ditangguhkan tanpa sebarang penjelasan.
Dan sama ada Mahkamah Rayuan dalam kes ini sepatutnya mengikuti keputusannya sendiri dalam kes Litus Jau & lain-lain lawan Boustead Pelita Tinjar Sdn Bhd & lain-lain (2014) yang memutuskan bahawa Seksyen 2 Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 dan Perkara 97 Ordinan Pembatasan Sarawak bertindak untuk melarang tuntutan bagi hak adat Bumiputera ke atas tanah dan pencerobohan ke atas hak sedemikian, jika tuntutan sedemikian difailkan di luar tempoh pembatasan seperti yang dimaktubkan oleh statut tersebut.
Rayuan ini timbul daripada tindakan difailkan oleh sekumpulan penduduk Kelabit, Lun Bawang dan Penan, diketuai Peter Racha Urud, yang dipindahkan dari Hulu Limbang ke penempatan baharu mereka di Long Napir dan Kampung Bahagian Limbang pada 1960-an dan 1970-an.
Selepas penempatam semula mereka itu, kerajaan mengeluarkan lesen pembalakan hutan pada 1985 kepada Ravenscourt Sdn Bhd dan lesen hutan tanaman kepada Billion Venture dan Limba Jaya Timber pada 2002.
Mahkamah Tinggi mendapati penuntut tidak lagi tinggal di penempatan lama dan tidak memiliki tanah di penempatan lama mereka, maka berdasarkan undang-undang adat Bumiputera, mereka sudah meninggalkan tanah NCR lama mereka.
Selain itu, terdapat bukti yang tidak dapat dipertikaikan bahawa penuntut tahu bahawa aktiviti pembalakan telah berlaku di penempatan lama mereka selama 26 tahun sebelum mereka mengemukakan kes mereka di Mahkamah Tinggi di Limbang.
Mahkamah Tinggi memutuskan penuntut tidak berhak untuk menuntut tanah di penempatan lama dan walau apa pun, tuntutan mereka dilarang oleh statut.
Mahkamah Rayuan tidak bersetuju dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.
Kerajaan dan syarikat pembalakan memohon kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan kerana isu-isu undang-undang yang dibangkitkan mengandungi kepentingan awam khususnya kerana lebih banyak masyarakat peribumi akan ditempatkan semula jika projek-projek pembangunan dilaksanakan di kawasan mereka.
Status tanah mereka di penempatan lama di bawah undang-undang selepas mereka ditempatkan semula atau dipindahkan, perlu diputuskan secara autoritatif oleh mahkamah tertinggi.
Datuk JC Fong (bersama Saferi Ali dan Dayang Farzilla Awang Sabu) mewakili kerajaan negeri.
Syarikat pembalakan diwakili HC Sim, Alex Lim, KY Lin manakala Leong Shin Ru dan Simon Siah dari Baru Bian Advocates mewakili pihak menuntut.-BP
Tiga Syarikat Balak Dibenar Kemuka Rayuan Kepada Kerajaan Negeri
Reviewed by Unknown
on
March 10, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 10, 2015
Rating:
.jpg)
No comments: