SKMM Pastikan Pengurangan Kadar Selular Dilaksana Secepat Mungkin

Seo Services

CYBERJAYA 22 Mei - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memastikan pengurangan kadar selular dilaksanakan secepat mungkin agar rakyat tidak terbeban dengan kesan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi perkhidmatan mudah alih prabayar.

Pengerusi SKMM, Datuk Seri Dr. Halim Shafie berkata, penyedia perkhidmatan telah memberikan maklum balas positif terhadap saranan untuk mengurangkan kadar dan menawarkan pakej-pakej khas kepada para pelajar.

“SKMM akan memantau dengan rapi isu pengurangan kadar dan cadangan pakej-pakej khas untuk pelajar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini menyarankan syarikat telekomunikasi untuk menurunkan tarif perkhidmatan dan menawarkan pakej-pakej mampu milik kepada golongan sasar seperti pelajar bagi mengimbangi kesan pengenaan GST.

Ahmad Shabery juga dilaporkan berkata syarikat-syarikat telekomunikasi dikehendaki melaksanakan kaedah dan pendekatan ‘beli RM10 dapat RM10’ sepenuhnya dalam tempoh enam bulan.

Beliau juga dilaporkan berkata GST untuk tambah nilai kad prabayar akan dikenakan atas penggunaan iaitu apabila pengguna menggunakannya dan berpandangan cara tersebut lebih sesuai kerana kerajaan tidak akan mengambil cukai sebelum perkhidmatan digunakan. - BERNAMA
SKMM Pastikan Pengurangan Kadar Selular Dilaksana Secepat Mungkin SKMM Pastikan Pengurangan Kadar Selular Dilaksana Secepat Mungkin Reviewed by uMieySurianie on May 22, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.