Seo Services

Thailand Tarik Undang-Undang Tentera


BANGKOK: Junta tentera Thailand malam ini mengumumkan penarikan undang-undang tentera yang dikuatkuasakan di seluruh negara sejurus sebelum rampasan kuasa 10 bulan lalu.

Bagaimanapun, pihak tentera mengekalkan banyak kuasa dengan melaksanakan langkah keselamatan khas, iaitu Artikel 44 perlembagaan sementara.

Langkah itu akan membenarkan pasukan keselamatan melakukan penahan tanpa waran dan menahan individu tanpa pertuduhan.

"Kami sudah menarik undang-undang tentera di seluruh negara," menurut kenyataan pihak tentera yang disiarkan di televisyen.

Pengumuman itu dibuat selepas Raja Bhumibol Adulyadej meluluskan penarikan undang-undang itu yang melarang perhimpunan politik dan memberi kuasa kepada pihak tentera. - Reuters
Thailand Tarik Undang-Undang Tentera Thailand Tarik Undang-Undang Tentera Reviewed by Unknown on April 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.