Seo Services

Pengguna Prabayar Rakyat Malaysia Sahaja Akan Dapat Rebat GST


Pengguna talian pra-bayar tidak perlu membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas kad tambah nilai selepas harga perkhidmatan berkenaan akan kembali normal bulan depan seperti yang diumumkan kerajaan.

Bagaimanapun, ramai yang tertanya bagaimana kaedahnya?

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kementerian sedang membangunkan satu sistem untuk bayaran GST yang dibuat oleh pengguna disalurkan semula kepada mereka dalam bentu rebat.

Lebih menarik, ia hanya akan dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja.

“Jika pengguna membeli kad prabayar RM10, mereka akan memperoleh nilai panggilan sebanyak RM9.40 kerana 60 sen dipotong sebagai GST.

“Pengguna perkhidmatan prabayar yang dikenal pasti sebagai warganegara Malaysia oleh sistem itu bagaimanapun akan memperoleh kembali 60 sen itu dalam bentuk rebat yang ditanggung bersama oleh kerajaan dan telco. Warga asing tidak layak menikmati rebat ini,” katanya.

Menurut beliau sisem baru itu akan mula beroperasi pada 1 Januari tahun depan.

Salleh berkata sistem itu tidak akan menyukarkan proses pembelian kad tambah nilai cuma ia akan dapat membezakan antara pengguna warga asing dan rakyat Malaysia berdasarkan nombor telefon serta maklumat diri yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Multimedia Malaysia (SKMM).

Sistem baru itu nanti akan dapat mengelakkan warga asing daripada menikmati rebat sekiranya meminta rakyat tempatan membeli kad prabayar bagi pihak mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 berkata pengguna talian pra bayar warga Malaysia akan mendapat kembali rebat bersamaan dengan jumlah GST yang dibayar dengan cara ia akan dimasukkan terus ke dalam akaun pra bayar bermula Januari hingga Disember tahun depan.

“Pemberian rebat ini tidak akan melibatkan peruntukan daripada Perbendaharaan tetapi kita akan menggunakan dana yang ada.

“SKMM mempunyai dana sendiri seperti melalui yuran-yuran lesen yang dikutip,” katanya.

Salleh berkata, pihaknya pada masa ini masih meneliti beberapa isu teknikal termasuk nisbah rebat yang akan ditanggung kerajaan dan telco.

‘”Kementerian juga sedang mengkaji masa yang diperlukan untuk menyalurkan rebat kepada pengguna rakyat Malaysia kerana kami mahu rebat diberi secepat mungkin,” katanya.

Menurut Salleh, terdapat 33 juta pemegang akaun telekomunikasi prabayar di Malaysia dengan 28 juta daripadanya terdiri daripada rakyat Malaysia.

– PRU14.tv
Pengguna Prabayar Rakyat Malaysia Sahaja Akan Dapat Rebat GST Pengguna Prabayar Rakyat Malaysia Sahaja Akan Dapat Rebat GST Reviewed by Unknown on October 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.