Beijing: Sekumpulan pencuri di China mencuri bekas mengandungi abu mayat dari tanah perkuburan untuk dijadikan tebusan bagi memeras wang daripada anggota keluarga si mati.
Agensi berita Xinhua melaporkan, kegiatan itu terbongkar selepas seorang wanita bernama Liu diberitahu kubur suaminya digeledah dan abu mayatnya hilang.
Satu nombor telefon diconteng pada batu nesan dan seorang lelaki yang menjawab panggilan itu memberitahu Liu, abu itu akan dikembalikan jika dia membayar 20,000 yuan. (RM14,000)
Liu membayar wang berkenaan tetapi pencuri kubur terbabit menuntut lebih banyak.
Sekurang-kurangnya satu kubur di tanah perkuburan di Xinyang di Henan, wilayah tengah China itu, musnah.
Kakitangan tanah perkuburan itu berkata, kegiatan itu dilakukan oleh kumpulan yang berpengalaman dan tersusun.
Menghormati waris yang sudah mati menjadi adat penting dalam budaya masyarakat China. Sejak kerajaan menggalakkan pembakaran mayat, ramai penduduk China menyimpan abu mayat anggota keluarga mereka.
Berikutan laporan yang menimpa Liu, polis melancarkan siasatan mengenai kegiatan menjadikan abu mayat itu sebagai tebusan. - Agensi
Abu Mayat Jadi Tebusan
Reviewed by Unknown
on
November 17, 2015
Rating:
No comments: