Seo Services

Bot Nelayan Asing Seludup Barangan Runcit RM80,000 Tumpas


KUCHING: Usaha dua buah bot nelayan asing dari Indonesia yang cuba menyeludup barangan runcit ke luar negera berjaya digagalkan oleh Maritim Malaysia Daerah Maritim Kuching (DM11).

Pengarah Daerah Maritim Kuching, Kapten Maritim Hariani Mahmod berkata, kedua-dua bot dikesan sebuah bot Maritim hasil risikan awal yang dijalankan dalam Ops Cegah 3/2016 yang dijalankan pada 27 Ogos antara jam 9.30 hingga 10.30 malam.

Ops Cegah tersebut merupakan kerjasama Maritim Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Bot-bot ini telah ditahan semasa dalam perjalanan menghala keluar dari Sematan dipercayai untuk ke Pulau Serasan, Indonesia melalui perairan Tanjung Datu," katanya.

Menurut Hariani lagi, dua orang tekong dan enam kru bot warganegara Indonesia berusia antara 33 hingga 61 tahun ditahan.

"Ketika diperiksa kedua-dua bot ini penuh dengan muatan barangan runcit dipercayai untuk dibawa ke Indonesia tanpa dokumentasi lengkap.

"Barangan runcit yang dirampas dianggarkan bernilai lebih kurang RM80,000 manakala kedua-dua bot ditahan di jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin, Muara Tebas," ujarnya.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan diserahkan kepada Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut. -Sarawakiana.
Bot Nelayan Asing Seludup Barangan Runcit RM80,000 Tumpas Bot Nelayan Asing Seludup Barangan Runcit RM80,000 Tumpas Reviewed by Unknown on August 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.