KUCHING: Polis tidak menghalang mana-mana pihak yang ingin mengadakan perhimpunan atau program keramaian namun perlu mengikut prosedur permohonan ditetapkan.
Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, Abang Ahmad Abang Julai berkata, penganjur perlu memastikan peserta tidak melanggar undang-undang perjumpaan.
"Kita tidak menghalang mana-mana pihak yang ingin mengadakan keramaian.
"Asalkan mengikut prosedur permohonan dan tidak melanggar undang-undang perjumpaan, keramaian dan konvoi yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permohonan sekumpulan ahli badan bukan kerajaan (NGO) yang menghantar surat pemberitahuan laluan Konvoi BERSIH 5.
Sekiranya diluluskan konvoi tersebut akan bermula 1 Oktober dan berakhir 19 November ini.-Sarawakiana.
Tiada Halangan Konvoi, Perlu Ikut Prosedur
Reviewed by Unknown
on
September 22, 2016
Rating:

No comments: