Seo Services

CEO Syarikat Gergasi Berang Arahan Trump

NEW YORK: Beberapa orang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat terbesar dunia bersama-sama membantah sekatan imigresen sementara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dengan menganggapnya 'tidak menggambarkan Amerika' dan tidak bagus untuk perniagaan. 

Pemimpin Apple, Ford dan Goldman Sachs berkata mereka tidak menyokong perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden itu minggu lalu, yang melarang pendatang dari tujuh negara majoriti Islam daripada memasuki AS. 

Google berkata, ia menyediakan dana untuk disalurkan kepada pelbagai pertubuhan yang menyokong pendatang. 

Syarikat lain berkata, mereka akan membantu pekerja yang terjejas dengan larangan itu, malah dalam kes Starbucks, mengambil pelarian sebagai pekerja. 

Beberapa perniagaan sudah pun berdepan hubungan yang rumit dengan Trump, yang secara terbuka mengkritik syarikat yang merancang membina kemudahan di Mexico. 

Sebahagian lagi mengumumkan rancangan mengambil pekerja dan melabur di AS, dengan berkata mereka menyukai pelan Trump untuk melonggarkan kawal selia serta merendahkan cukai korporat. 

Bagaimanapun, reaksi korporat kepada arahan eksekutif itu adalah keras, pantas dan kasar. 

"Ia tidak pernah berlaku," kata Profesor Pengurusan Adjung Columbia Business School di New York, Bill Klepper. 

Trump berkata, arahan eksekutif yang ditandatangani Jumaat lalu adalah perlu bagi menghentikan 'pengganas Islam radikal' datang ke AS. 

Ia termasuk larangan 90 hari perjalanan rakyat AS ke Iraq, Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman serta penggantungan 120 hari program pelarian AS. Rumah Putih tidak memberi maklum balas kepada permintaan untuk mengeluarkan kenyataan. - AP
CEO Syarikat Gergasi Berang Arahan Trump CEO Syarikat Gergasi Berang Arahan Trump Reviewed by Azmin on January 31, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.