Seo Services

Ribuan Penduduk Banjiri Masjid Jamek



KUCHING: Ribuan rakyat Sarawak pelbagai kaum dan agama di bandar raya ini turut tidak melepaskan peluang memenuhi Masjid Jamek di sini untuk memberi penghormatan terakhir terhadap Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Orang ramai kelihatan turut berada di sesetengah laluan untuk menyaksikan pergerakan membawa jenazah dan memberi penghormatan terakhir.

Terdahulu, jenazah dibawa dari kediamannya di Damai Jaya, Santubong, ke Masjid Jamek turut diiringai isterinya, Puan Sri Jamilah Anu, bersama anak, menantu dan cucu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyertai ribuan orang ramai berada di masjid itu untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Menteri-menteri persekutuan dan negeri serta ketua-ketua menteri dan menteri-menteri besar, ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri serta tokoh korporat, pemimpin persatuan, badan bukan kerajaan dan rakyat pelbagai lapisan turut berada di masjid itu.

Solat jenazah dipimpin oleh Imam Besar Masjid Jamek Sarawak Mustapha Kamal Ahmad Fauzi pada 11.40 pagi.

Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Samariang di sini selepas solat Zuhur.

Adenan menghembuskan nafas terakhir di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Samarahan, jam 1.24 tengah hari semalam. – Sarawakiana
Ribuan Penduduk Banjiri Masjid Jamek Ribuan Penduduk Banjiri Masjid Jamek Reviewed by uMieySurianie on January 12, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.