Seo Services

Lelaki Menyamar Wanita Didakwa Mencuri



PETALING JAYA: Seorang pemuda yang menyamar sebagai perempuan untuk mencuri barangan milik jemaah di surau wanita sebuah pusat membeli belah dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Atiqah Abd Karim menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Firdaus Abdullah, 21, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di surau wanita, Tingkat 1 Sunway Pyramid, Bandar Sunway, di sini jam 9.40 malam, pada 18 Februari lalu.

Tertuduh yang memakai tudung 'Pucci' dan menyolek wajahnya menyerupai wanita ketika melakukan kesalahan itu, diperintahkan menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohamad Firdaus dituduh mencuri dompet milik Nur Damia Syahirah Rany, 22 dan didakwa mengikut 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, gambar tertuduh bersolek, bertudung dan mengenakan pakaian seperti seorang wanita ketika ditahan anggota polis menjadi viral di laman sosial. - BH

Lelaki Menyamar Wanita Didakwa Mencuri Lelaki Menyamar Wanita Didakwa Mencuri  Reviewed by uMieySurianie on February 22, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.