Permohonan cerai oleh pelakon Adi Putra, 34, dengan isteri pertamanya, Aida Yusof, 42, ditangguh ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian selepas pelakon tersebut tidak muncul di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.
Permohonan yang difailkan oleh pelakon kelahiran Singapura pada 3 Mac lalu itu sepatutnya didengar oleh Hakim Syarie, Izzat Syazli Mushid pada pukul 8.30 pagi tadi.
Pihak media yang menunggu terserempak dengan Aida di depan Dewan 8 mahkamah tersebut kira-kira pukul 8.15 pagi dan apabila ditanya tentang kehadiran suaminya, Aida yang hanya memberi jawapan ringkas bahawa Adi tidak datang sebelum tergesa-gesa beredar.
Permohonan untuk berpisah itu juga bukan kali pertama dilakukan Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim kerana dia pernah melakukan perkara sama pada 11 Mei 2012.
Bagaimanapun, pelakon terbabit menarik balik permohonan itu sembilan hari selepas ia difailkan.
Permohonan perceraian itu difailkan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 yang mana Aida dinamakan sebagai responden.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 April 2006 dan belum mempunyai cahaya mata.
Pada 20 Jun 2016, Adi Putra telah berkahwin buat kali kedua dengan Norshahida Zolkifly, 34. - K! ONLINE
Adi Putra Tidak Muncul Di Mahkamah Kes Cerai
Reviewed by Unknown
on
April 07, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 07, 2017
Rating:

No comments: