Definisi PMPG Perlu Sama Di Semua Tempat

Seo Services

KUCHING: Perbincangan yang rasional mengenai isu Pemakai Menoa dan Pulau Galau (PMPG) mestilah tepat dari segi keputusan supaya ia boleh diterima oleh semua kaum.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang merasmi Persidangan Ketua Masyarakat Sarawak mengenai PMPG berkata, PMPG bukan sekadar berkaitan Dayak tetapi seluruh masyarakat Bumiputera negeri ini.

"Pada Disember 2015, mahkamah mendapati walaupun PMPG wujud tetapi tidak mempunyai kuasa undang-undang.

"Jadi dalam perkara ini sudah tentu kalau kita hendakkan undang-undang digunapakai, kita mesti mempunyai definisi berkenaan PMPG dari sudut adat.

"Mesti ada sebabnya kenapa perlu kita pinda undang-undang, sekiranya terdapat alasan kukuh untuk dipinda maka kita akan meminda dengan satu pandangan yang muafakat kepada semua kaum," katanya," katanya.

Menurut Abang Johari, beliau difahamkan definisi PMPG berbeza di sesuatu tempat.

"Di Saribas lain, Batang Rajang lain dan begitu juga ditempat lain, jadi kita harus mencari penyelesaian daripada kaum-kaum tersebut dan jika berterusan sebegini, isu ini tidak akan mencapai kata putus.

"Undang-undang harus ada satu sahaja dan ia harus digunapakai oleh semua Bumiputera di negeri ini," ujarnya.

Katanya lagi, walaupun lambat biar mempunyai pendekatan yang digunapakai boleh diterima oleh semua.

"Saya pasti akan ada jalan penyelesaian terhadap isu ini, sebab itu kita memerlukan pandangan orang ramai lebih-lebih lagi ketua masyarakat," jelasnya.-Sarawakiana

Definisi PMPG Perlu Sama Di Semua Tempat Definisi PMPG Perlu Sama Di Semua Tempat Reviewed by Unknown on January 25, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.