Seo Services

Pelakon Glee Bunuh Diri

LOS ANGELES: Aktor Amerika Syarikat yang dikenali menerusi lakonan siri muzikal televisyen 'Glee', Mark Salling, membunuh diri beberapa hari sebelum beliau dikenakan hukuman kerana memiliki bahan pornografi kanak-kanak, kata peguamnya.

Agensi berita TMZ yang memetik sumber pihak berkuasa memaklumkan Salling, 35, meninggal dunia dengan menggantung diri.

"Saya mengesahkan Mark Salling meninggal dunia awal pagi ini.

"Mark seorang yang budiman, penyayang, kreatif dan melakukan yang terbaik bertanggungjawab terhadap kesalahan dan kesilapan pertimbangannya," kata peguamnya, Michael Proctor.

Salling berdepan hukuman 7 Mac ini selepas mengaku bersalah memiliki bahan pornografi kanak-kanak dengan persetujuan pendakwa raya.

Beliau ditahan, lewat 2015 dan didakwa pada 2016.

Pihak berkuasa dilaporkan menemui lebih 50,000 imej dan video pornografi kanak-kanak kebanyakannya perempuan pada laptop dan cakera keras milik beliau.

Dalam siri Glee, Salling melakonkan watak Noah Puckerman iaitu seorang pemain bola sepak di luar zon selesa ketika menyertai kelab sekolah menengah.

Menurut TMZ, beliau pernah cuba membunuh diri pada Ogos lalu. - AFP
Pelakon Glee Bunuh Diri Pelakon Glee Bunuh Diri Reviewed by Azmin on January 31, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.