Seo Services

Australia hantar pesawat kedua cari pesawat #MH370

MELBOURNE - Australia pada pagi Isnin menghantar pesawat RAAF kedua dari Darwin untuk mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing 777-200ER yang hilang sejak awal Sabtu.

Australia menghantar RAAF AP-3C Orion pada malam Ahad dan pesawat kedua berlepas dari Darwin pada 8.30 pagi (AEDT) pada Isnin, menurut Australian Associated Press.

Marshal Udara Mark Binskin berkata pesawat mengawal maritim dan pemantauan jarak jauh dilengkapi dengan alat pengesan yang sesuai dengan operasi.

Terdapat 18 anak kapal Australia di setiap jet RAAF.Enam rakyat Australia dan dua New Zealand, seorang yang tinggal di Perth berada di dalam pesawat MAS yang hilang di Laut China Selatan awal pagi Sabtu, sejam selepas penerbangan yang sepatutnya mengambil masa enam jam dari Kuala Lumpur ke Beijing. - Bernama
 

Australia hantar pesawat kedua cari pesawat #MH370 Australia hantar pesawat kedua cari pesawat #MH370

Reviewed by Admin on March 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.