Seo Services

Bermukun atau bergendang

'Bermukun' atau lebih dikenali sebagai 'bergendang' tidak asing lagi dengan budaya masyarakat melayu Sarawak. Masyarakat melayu Sarawak mempunyai pelbagai aktiviti -aktiviti kesenian yang berteraskan adat dan budaya.

Bermukun atau bergendang juga adalah salah satu tradisi yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu Sarawak termasuklah Kaum melanau.

Aktiviti bermukun atau bergendang ini merupakan khazanah budaya dan kesenian yang diwarisi masyarakat melayu Sarawak. aktiviti ini juga adalah di anggap sebagai satu majlis bersuka ria yang di adakan pada majlis yang terbuka dan di khalayak ramai.

Namun adat bermukun ini jelas sekali lebih mendapat sambutan daripada kaum melanau seperti di Mukah dan di Daro. Kebiasaannya, aktiviti ini sering di adakan  ketika dalam majlis perkahwinan .

Antara aktiviti yang dijalankan semasa bermukun atau bergendang ini adalah seperti berpantun, berjoget dan karoke. Dengan itu, aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan siraturahim sesama penduduk.

Memang tidak di nafikan bahawa aktiviti bermukun atau bergendang ini amat popular dan begitu mendapat sambutan di Sarawak terutama dikalangan masyarakat melanau.

Aktiviti bermukun ini bukan hanya untuk Masyarakat Melanau yang menjadikan aktiviti bermukun ini sebagai hiburan ,tetapi Kaum  Bidayuh juaga turut mengamalkannya. - sarawakiana

Bermukun atau bergendang Bermukun atau bergendang Reviewed by Admin on March 13, 2014 Rating: 5

1 comment:

  1. Bermukun ialah berbalas pantun semasa bergendang.Penari dan pasangan (lelaki) bukan berjoget tetapi "bertandak".Versi baru yg dibawa generasi baru bukan tradisi lama.Sebenarnya bergendang,bertandak dan bermukun bukannya diadakan di pentas.Lazimnya aktiviti "hiburan" tersebut diadakan dlm rumah pengantin.Jarang sekali aktiviti tradisi tersebut diadakan di halaman/pentas.Namun keadaan dah berubah.Acara seni tradisi Melayu tersebut telah "diolah atau diadun" hingga "tercemar" dgn unsur2 moden.Bertandak digauli joget! Hilang seni "begendang,betandak dan bemukun".

    Sekadar berkongsi pandangan.

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.