Seo Services

Majlis kesyukuran sempena pelantikan TYT dan KM baru

KUCHING 7 Mac -  Majlis kesyukuran sempena pelantikan Tuan Yang Terutama Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sebagai Yang Di-Pertua Negeri Sarawak dan juga sempena pelantikan Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Bin Haji Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak telah diadakan di Masjid Jamek Petrajaya selepas solat jumaat. 

Pada majlis itu turut dihadiri oleh Yang Amat Berbahagia Puan Sri Kurdi Taib serta Yang Berbahagia Dato' Hajjah Jamilah Binti Haji Anu.

Majlis yang diadakan di Ruang Utama, Masjid Jamek Petrajaya itu turut dihadiri oleh dif-dif kenamaan serta ketua-ketua masyarakat.

Dalam pada majlis itu juga, zikir marhaban daripada adik-adik pelajar Pusat Takfiz Tun Abdul Rahman Yaakub dialunkan dan kemudiannya acara menepung tawar dan merenjis sebagai tanda simbolik.

Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan doa kesyukuran dan jamuan makan beramai-ramai. - sarawakiana   

Majlis kesyukuran sempena pelantikan TYT dan KM baru Majlis kesyukuran sempena pelantikan TYT dan KM baru Reviewed by Admin on March 08, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.