KUCHING: Padah kerana terlalu mempercayai teman lelaki, seorang gadis yang sanggup lari dari rumah mereka di Simunjan mendakwa dirogol dan dihalang pulang sejak seminggu lalu.
Bagaimanapun, mangsa yang berusia 15 tahun itu bernasib baik apabila ditemui semula oleh bapanya yang tidak pernah berputus asa mencari anak gadisnya selepas dilaporkan tidak pulang sejak 25 Februari.
“Mangsa lari dari rumah mengikuti teman lelakinya sejak 25 Februari sekitar jam 3 petang sehingga berjaya ditemui semula oleh bapanya iaitu sekitar jam 1.05 pagi tadi (semalam).
“Mangsa kemudian menceritakan apa yang telah berlaku kepada bapanya menyebabkan dia terus dibawa ke balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut,” kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad.
Hasil laporan mangsa, pihak polis menahan seorang lelaki dipercayai teman lelakinya yang hanya dikenali dengan pangilan ‘Boy.’
Menurut Roslan, mangsa mendakwa telah dirogol oleh suspek lebih daripada lima kali dengan kali terakhir pada 1 Mac.
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan.“Suspek telah ditahan dan akan direman esok (hari ini),” kata Roslan. - borneo post
Reviewed by Admin
on
March 05, 2014
Rating:
No comments: