Seo Services

SOLAT HAJAT UNTUK #MH370 DI KUCHING

KUCHING 14 MAC - Lebih kurang 5000 jemaah menunaikan solat sunat hajat bagi mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang Sabtu lalu.

Solat hajat berkenaan yang dilansungkan selepas sembahyang Jumaat diadakan di Masjid Besar Bahagian Kuching.

Dalam satu kenyataan Majlis Islam Negeri Sarawak menyatakan bahwa Majlis Islam Negeri Sarawak berkongsi kesedihan atas musibah yang menimpa MH370. 

Untuk itu Majlis Islam Sarawak dengan penuh takzim memohon kerjasama semua umat Islam di Sarawak, terutamanya semua jawatankuasa pengurusan masjid dan surau serta pertubuhan Islam untuk mengadakan solat hajat dan qunut Nazillah untuk memohon kepada Allah, untuk keselamatan dan kejayaan operasi MH370.

Turut dipohon didoakan kesejahteraan untuk semua ahli keluarga yang terlibat termasuk para pertugas.

SOLAT HAJAT UNTUK #MH370 DI KUCHING SOLAT HAJAT UNTUK #MH370 DI KUCHING Reviewed by Admin on March 14, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.