Seo Services

Terbukti Perpaduan kaum di Sarawak sangat Kuat!

Selama ini, pelbagai kaum dan etnik di Sarawak hidup bersatu. Meskipun terdapat segelintir dari mereka yang berbeza pendapat dan fahaman politik, namun hidup rakyat aman tanpa perasaan prejudis terhadap bangsa lain, termasuklah kaum Cina.

Mengapa perlu rosakkan keharmonian ini? Sudah tidak ada modal berkempen, kah? Mengapa perlu bermain isu sensitif yang mampu memporak-perandakan perpaduan kaum di Sarawak?

Siapa kata kaum lain selain Melayu dan Melanau tidak pernah menjadi Ketua Menteri? Apakah kita lupa bahawa bekas Ketua Menteri Sarawak sebelum ini, Stephen Kalong Ningkan berbangsa Iban, Pehin Seri Taip Mahmud berbangsa Melanau ! Itu jelas menunjukkan bahawa BN mengamalkan kesamarataan hak bagi kesemua kaum di Sarawak, khususnya kaum pribumi.

Sesungguhnya, keamanan dan perpaduan kaum di Sarawak lebih penting berbanding sifat racist seperti yang dijuarai pihak tertentu.

Rakyat Sarawak perlu menghargai dan menjaganya supaya tidak menjadi barah di Bumi Kenyalang ini.

Terbukti Perpaduan kaum di Sarawak sangat Kuat! Terbukti Perpaduan kaum di Sarawak sangat Kuat! Reviewed by Admin on March 31, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.