KUALA LUMPUR: Beberapa objek dikesan beberapa kapal hari ini semasa pencarian pesawat MH370 tetapi sehingga 1900 AEDT (4 petang waktu Malaysia) tiada satu pun berkaitan pesawat berkenaan, menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia.
Menurut JACC, sebanyak 14 pesawat dan 11 kapal terbabit dalam pencarian di kawasan seluas 217,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi, kira-kira 1,700 ke barat laut Perth.
Cuaca di kawasan pencarian adalah baik dengan jarak penglihatan lebih 10 kilometer," menurut JACC dalam kenyataan sebentar tadi. - BH
Beberapa objek dikesan kapal tetapi tiada berkaitan MH370 - JACC
Reviewed by Admin
on
April 04, 2014
Rating:

No comments: